Wednesday, May 14, 2014

Asrama Damai Kuang... :)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari ahad bertarikh 11 May 2014 telah selesai satu program yang agak besar iaitu projek keusahawanan sosial yang bertempat di rumah anak yatim Damai Kuang, Rawang..first time melakukan kerja amal cam tu memang buat aku rasa awesome sangat...hehehe..kumpulan kami ada 8 orang ahli yang semuanya perempuan..semua bangsa ada..melayu, cina, india..sarawak pun ada..hehehe..[erk..sarawak tu kira bangsa jugak ea??abaikan..hahaha..] pesediaan untuk laksanakan projek tu, of course la shopping..shopping hadiah untuk budak-budak kat sana..then, buat banner..hand-make punya banner..

tadaaaa....hasil kerjasama kami semua..cantik kan???hehehe..
so, pepagi lagi kami bertolak ke rawang..program tu kami plan bermula jam 9 pagi..tapi bila sampai sana, keadaan menjadi kelam kabut sedikit..tapi, Alhamdulillah..Allah memudahkan urusan kami..aktiviti dimulakan lebih kurang jam 9.30 pagi..walaupun tak ramai sangat students yang join, tapi dah cukup untuk memeriahkan program ni...campur tolak bahagi darab, semuanya lebih kurang 33 orang..

sesi menggantung banner yang comel ni..hehehe..x dapat gantung, kami salotep je banner ni kat depan tu..hahaha..this is what we call creative thinking..
tadaaaa..dah siap "gantung"....
then, kami memulakan program ni..di awal program agak lost control sebab budak-budak ni teramat la aktif..sampai dah tak tahu cam mana nak suruh diorang duduk diam-diam..tapi, dah nama pun budak-budak..normal la tu..

akhirnya ini je cara nak buat diorang dengar cakap..walaupun ni x de lam tentatif..
lepas semua dah nampak boleh dengar cakap, kami memulakan aktiviti pertama iaitu senam ceria..

get ready guys...nak senam ceria dah ni..lagu yang kami pasangkan ialah, tarian tommy or something like that la tajuknya..
lepas dah senam ceria, it's time to divide into group..aku jadi fasi untuk group itik..don't laugh..because it's not funny..ok..good if you don't laugh..hehehe...cheers group kami ialah "it's ok, it's alright, come on itik, quekk..quekk..quekk..." comel kan..hehhe..lepas dah berkenalan dan buat cheers, next aktiviti ialah radio rosak..confirm la game ni sangat common..tapi, yang ni special sikit..hehehe..we use simpulan bahasa and guna gerak badan untuk pass simpulan bahasa tu..

akak fasi sedang pass simpulan bahasa kepada first participant...
buat gaya dik..buat betul-betul...pemalu betul budak-budak group aku ni..
ada dua group yang kalah after dua kali buat game ni..group yang kalah tu ialah group kucing dan group itik..aduii..group sendiri kalah ni..so, apa lagi..denda laa....
yang ni group kucing..dendanya nyanyi...so, diorang menyanyi kat depan..

group ni nak buat gwiyomi..comel betul..hehehe...
 selepas aktiviti radio rosak, aktiviti realisasikan impianku..we give them straw and diorang kena bina satu menara..
busy bina tower ni..ini kumpulan kucing..meow..meow.. :)
ini pulak kumpulan serigala...auuuuuuu..... :)
ini kumpulan harimau...aummmm....hehehe.. :)
ok..presenting to you, group itikkkk...my group...pemalu ahli-ahlinya...hehehe.. :)
lepas dah siap menara tu, wakil kumpulan kena present kat depan sebab kenapa mereka bina menara macam tu..kelebihan dan juga kelemahan menara yang diorang bina tu..

kumpulan harimau punya presentation...macam-macam ayat keluar time ni..
kumpulan itik...
ini kumpulan kucing...
ini kumpulan serigala...tingginya menara dia...
masing-masing bangga dengan menara yang dibina..

ok..bias sikit kat sini..sebab ini group aku..hehehe...
seterusnya sedikit perkongsian daripada akak fasi fatimah a.k.a kak long kawasan..hehehe...abang long kawasan masih belum ditemui lagi..akan datang kot..hahaha...selepas perkongsian daripada kak long, aktiviti sesuci kasih bersama..cewahhh...klasik gitu nama setiap aktiviti kami..kalau dah yang bagi nama ni orang yang agak veteran, memang keluarlah segala nama puitis dan klasik ni..opsss...errr...jangan marah ye abang chik..take this as a compliment ok..hehehe...

inilah aktiviti sesuci kasih bersama..dengan kata lainnya ialah mural..semua budak-budak kena cop tapak tangan masing-masing kat kain rentang ni..blue for boys and green for girls..untuk fasi-fasi pulak, separuh biru separuh hijau..
lepas semua dah selesai bagi cop mohor kat atas banner tu, semua berkumpul balik ikut group..disebabkan masa banyak lagi, so, tambah satu game..

game apa ntah nama dia...yang pasti nyanyi-nyanyi..ada kuih tradisional, ada western food, ada kenderaan..game ni sepenuhnya di handle oleh abang chik..
then, kami proceed dengan game tambahan lagi iaitu....OMG..aku lupa apa nama aktiviti ni..but for sure, kami akan tunjukkan "gambar' seorang pemimpin hebat yang kami letakkan lam satu kotak..and diorng kena tulis ciri-ciri pemimpin yang ada lam kotak tu..

cam ni la caranya..tapi sebenarnya yang ada lam kotak tu hanyalah cermin..so, diorang hanya akan lihat pantulan muka diorang je..itulah bakal pemimpin yang hebat..

semua khusyuk menulis ciri-ciri pemimpin hebat yang dilihat lam kotak tu..
this one is very cute..anuar namanya..comel..langsung tak bagi ak baca apa yang dia tulis..
then, tamatlah aktiviti kami ni..buat acara penutup secara ringkas...

semua dapat goodies bag...
bergambar dulu...untuk kenang-kenangan...
just sweet... :)
bersama fasi pulak... :)

ini yang paling last..mendengar ucapan terima kasih dari semua fasi..
we do really appreciate their cooperation..sehingga program ni berjaya dengan jayanya..hehehe...sangat sporting, sempoi, havoc..and comel... lepas semua budak-budak tadi keluar dari dewan tu, kami buat post mortem mini..

mostly ucapan terima kasih and bangga yang dicakapkan oleh fasi-fasi semua...
then, kami turun untuk berikan sedikit penghargaan kepada pihak rumah anak yatim Damai ni..lepas tu, mula bergerak ke kereta..yang paling buat aku tersentuh ialah, budak-budak yang join program kami tu datang to say bye-bye..sampai sanggup tinggalkan makanan mereka kat atas meja tu sebab nak ucapkan bye-bye kat kami..diorang hantar kami sampai kat kereta..ada yang mendoakan perjalanan kami selamat..hanya mampu memberi nasihat dan senyuman seikhlas mungkin kepada budak-budak tu..kalau lama-lama kat situ, memang tangkap leleh dah..

lepas dah tinggalkan rumah anak yatim tu, kami singgah kenduri kawin junior abang chik..dah lama aku tak pergi kenduri kawin pakai macam tu..hehehe..dah la baju semua sedondon...
bergambar dengan penganti dulu sebelum makan..
lepas dah makan, kami pun balik la rumah abang chik..tumpang solat kat sana..tapi, sempat bersalam dengan pengantin dulu..bak kata fatin, ambil berkat..kot2 jodoh cepat sampai..hahaha...yang tu lawak..

selesai sudah program keusahawanan sosial kami..sangan fun walaupun penat..tapi melihat kegembiraan di wajah budak-budak tu buat semua rasa penat ni hilang..so sweet....hehehe...

credit to: terima kasih kepada abang chik and kak chik yang sudi membantu menjayakan aktiviti kami ni..jutaan terima kasih diucapkan..dan juga kepada sahabat seperjuangan; fatin, kak long, irene, joanne, puspa, dila, and liew kerana bagi kerjasama yang cukup baik bagi menjayakan aktiviti sosal ni.. peace yoo.. :D

Sunday, May 4, 2014

Seminar HIP...

Assalamualaikum..

entry ni agak lambat sebab terlalu busy menyiapkan assignment yang main aci kejar dengan deadline..hahaha...lumrah kehidupan seorang student yang memang buat kerja last minute..tak gitu??hhahaha...entry ni nak story sikit pasal satu seminar yang ak join iaitu seminar High Impact Presenter which is in short word seminar HIP.. in this seminar, I'm not the participant but as AJK..AJK 3K..3K tu apa??errrr....kita bersambung selepas iklan sabun ni..hahaha...aku pun tak tahu apa itu 3K..sebab tak pernah pegang jawatan sebagai AJK 3K..
inilah logo utk HIP..cantik kan???
okay..seminar ni telah berlangsung di auditorium UPSI pada 20 April iaitu hari Ahad, jam 8 pagi sehingga 2 petang..kejap je kan??ak mengharapkan sehingga petang sebab terlalu banyak input yang diberi..and this seminar is totally full with ilmu...siapa penceramahnya??? I'll present to you our penceramah....jeng..jeng..jeng...

ni la penceramah untuk seminar HIP..Izzhar Nazri..my senior..semester 6..sem depan dah nak praktikal..
sikit punya handsome penceramah ni..hahahaha...tak rugi join seminar ni di hujung minggu..hehehe...ak sebagai AJK turut mendapat input2 yang disampaikan..how to be a great presenter..such a nice seminar..bayaran pun tak mahal. hanya rm8 untuk student UPSI dan rm10 untuk orang luar..murah kan??in fact murah giler kot..mana nak cari seminar yang murah cam ni..and for the first time in forever [mengikut nada lagu frozen..hahahaha..] aku beraerobik..perghhh...segan pulak bila ingat balik time tu..tapi for PSYCH, ak relakan hati membantu.. baik kan???hahahaha...

ini persediaan untuk membuat gimik permulaan seminar..dan juga latihan aerobik..

serius nau berdiskusi pengarah program kita ni bersama AJK2 nya..

rehearsal ni semua orang buat kerja masing2...buat preparation yang terakhir sebelum berlangsungnya seminar pada esok hari..

busy nampak kemas fail untuk participants seminar..hehehehe...

akak dua orang ni busy mengira duit pulak...dah pening la tu...
alkisahnya, kami pergi la shopping di KFC..hahaha..dah teringin sangat nak makan kfc..so, kami ambik pesanan dari semua orang yang ada kat auditorium masa tu..lepas dah beli semua pesanan, pening pulak nak kira duit..hahaha...sebab ada yang bagi duit lebih..yang x bgi duit lgi tu x de la pening sangat nak suruh diorang bayar..yang nak bagi duit balance tu yang pening..itu yang sampai duduk kat tangga macam akak-akak dua orang ni haa...kalkulator kiri kanan mengira duit..

sempat lagi posing walaupun dalam perbincangan hangat..

ini abang zul haziq..our AJK teknikal..

test walkie talkie..after dah cas..

same goes here...

ini pun..macam dengar pengumuman apa je abg muiz ni..
and...asal gambar ak test walkie talkie tak de pun..sampai hati tak ambik gambar aku... sedihnyeeee....

ini step kami untuk aerobik..dan step inilah yang digunakan pada hari seminar tu..and seriously, kaku betul abg izzhar beraerobik..
nasib gambar aku ada..hehhehe...
dan...hari kejadian.... :)

waaa....semua peserta mula mendaftarkan diri untuk seminar HIP...busy meja urusetia ni..

tapi sempat lagi posing ambik gambar...

OMG..gadis2 penyambut tetamu...hahahaha...tapi, sgt ketara perbezaan ketinggian di situ..

again..perbezaan ketinggian..tapi as long as ak nampak cun lam gambar ni..hahaha...[masuk lif tekan butang sendiri..]


semua peserta mula ambik tempat masing2...
ok..aerobik time...bara bara bara..bere bere bere....hehehe...

itu diaa...penceramah kita sudah mengambil alih auditorium...banyak handsome baiyyaa ini hari aa...hahahaha..

AJK pun nak dengar jugak..tapi haruslah posing jugak..hahaha...

one of the activity yg di lakukan...

cara2 untuk menghilangkan gemuruh sebelum buat presentation...

how to train your dragon...eh eh..salah pulak..how to train your focus..[ sesuka hati aku je bagi nama untuk aktiviti ni..hehehe]

this is the nice one..how to make people who angry with you, but not angry antmore..pergghhh...hancur english aku...haahaha...
posture badan penting..bila orang nak marah kita, kalau kedudukan badan kita betul then orang tu tak jadi nak marah..this is the example..tapi tak logik la nak buat cam tu kan..hehehe...yg baring tu tengah marah abg Izzhar..conclusionnya takkan ada feel untuk marah kalau kedudukan orang yang kita nak marah tu lebih tinggi dari kita..kedudukan means posture badan..bukan pangkat okay..hehehe...

ni ialah activity yang last before tamatkan seminar..menggabungkan 3 kemahiran sekaligus..and sorry I forgot what are the kemahiran..tapi berkaitan dengan cara macam mana kita nak menghafal dengan cepat..
i have the video but I can't upload it here..not sure why...huhuhu...

haruslah bergambar dulu selepas peserta dah balik and before kitorng pun balik..hehehe...

bergambar dengan retis...hehehehe...

semua AJK dan juga penceramah...tiba2 ada gelombang merah pulak kat depan tu..hehehe...

mana boleh lepaskan peluang berambar dengan retis..huahuahua...

again..hehehe..jangan jealous pulak..
banyak lagi sebenarnya gambar tapi takkan aku nak upload semua kan...nanti entry ni penuh ngan gambar je..ahaakkkkssss...then, tamatlah seminar yang super awesome tu..rugi kepada yang tidak join tu...kitorang sebagai AJK pun mendapat input yang sangat berguna..hehehe...

sampai disini je entry kali ni..hehehe...bubye..Assalamualaikum... :)