Sunday, December 22, 2013

Dinner PSYCH...

              malam semalam telah berlangsungnya dinner psych..awesome dan success..alhamdulillah..aku seperti biasa hanya berpakaian simple..tak overdose..hahaha..overdose???pelik nau bunyinya..hahaha..aku pakai jubah and tudung biasa je..tak de la lilit-lilit macam orang lain..majlis pembukaan memang cun habes..gimik perasmian pun cool habes..hahaha..bila dah tiba sesi bergambar tu memang sakan la semua orang ngan kamera masing-masing..aku pun x miss peluang yang memang cun nak amik gambar dengan kawan-kawan and senior-senior..

ni gambar aku ngan ayin (lelaki), nuzul dan nabilah..aku saja je menyibuk..

yang pakai tudung kuning tu adalah usher untuk pengarah program..cun..kat tengah tu fatin,AJK aktiviti dan As yang pakai shawl..

ni adalah abang Iskandar..masalah betul abang ni..dia ni minat kat kawan aku..parah keadaan dia ni..

model yang tak bertauliah..gadis pingitan..hahaha...

kat tengah2 tu kak ikin..tinggi giler kasut dia pakai..4 inch rasanya..giler tinggi kasut dia..

bersama timbalan pengarah program, kak neesa..berlatarbelakangkan pentas yg disediakan oleh AJK persiapan tempat..

tengah belajar main gitar ngan Lim..belajar tip2 nak main gitar...

posing ckit...credit to gitar miruu..hahaha..pinjam gitar dia kejap..dah kempunan giler nak main gitar..lepas jugak hasrat nak main gitar..walaupun tak jadi lagu..

gambar bersama abang chik..sempoi btol..ketua AJK aktiviti..

bergambar bersama pengarah program yang handsome..hot habis PP kami..ramai yang nak bergambar dengan dia..

terasa rendah berada ditengah-tengah..hahaha..

ni bersama isteri abang chik...mai tak nak masuk gambar..merosakkan gambar pulak..hahaha...

sekian saja gambar-gambar dinner..bnyk lgi gambar,tapi takkan aku nak post semua..terlalu banyak..hehehe..fun walaupun makanan dia aku tak berapa suka sangat..tapi seronok lepak ngan kawan-kawan..terasa semangat kekeluargaan tu..ONE BIG FAMILY... :)

Saturday, December 7, 2013

Pecah kaca + derma darah....

               Hari ni sangat tak bersemangat nak pergi kelas silat..tapi kena pergi jugak sebab nak bayar duit kem..so, aku naik bas kul 8..sampai kat kampus lama lam 8.15..bila sampai kat gelanggang Tok Jenai,tengok tak de orang pun yang datang kelas..hanya ada budak baru yang masuk persatuan 3 orang ngan cikgu Lan..pastu kak zulaikha ngan abang Yap sampai..hanya kami berlapan sahaja termasuk cikgu Lan..telefon la suli suruh dia datang..bohong konon-konon semua cikgu dah sampai and ramai orang yang datang kelas..sekali tengah-tengah cakap tu, cikgu Lan mintak fon..dia pun terus membebel kat suli..hahaha..memang kena bebel la diorang..kitorang hanya gelak je..tunggu punya tunggu sampai la pukul 9 lebih..baru lah 3 orang budak KOI sampai and lama sikit, semua cikgu sampai..cikgu Man, cikgu Jent and cikgu Faiezal semua dah sampai..ramai ngan cikgu and ajk persatuan silat je..student yang belajar silat tak de mane pun..
              kelas pagi tu diadakan kat tempat yang ada bumbung..hahaha..sebab hujan..kami belajar pecahkan kelapa and botol pakai tangan..fuyyyoooo..terror kan..tapi aku tak boleh buat..tangan aku yang pecah..hahaha...mula-mula belajar pecah kelapa..terpegun tengok cikgu Lan pecahkan kelapa tu..hahaha..pastu cikgu Jent pulak yang buat..tak pecah..retak je..hanya cikgu-cikgu and abang Yap je yang buat..yang lain cuma tengok..bila time pecah kaca pecah gelas,sudah baca harap balas tu semua kena buat..hahaha..mula-mula buat cikgu Jent..dia pakai botol yang ada penutup..sekali buat terus pecah..dia dengan bangganya menjerit first time pecahkn botol yang ada penutup..hahaha..lawak btol la cikgu Jent ni..
              ramai yang try tapi semuanya berakhir dengan kesakitan..aku pun sama..sampai lebam tapak tangan aku..botol tu tak nak pecah-pecah jugak..masa aku mula-mula nak buat aku tanya cikgu Lan bahagian tapak tangan yang mana nak guna..kebetulan cikgu Jent berdiri dekat je ngan aku..dia terus bunyi cakap, "dengan sy xnak tanya..tanya cikgu Lan jugak..dengan sy lari..x pe la.." gaya dia merajuk habis..hahaha..aku memang tak boleh ngam ngan dia..hahaha...lawak betul bila dia cakap cam tu..lepas first time buat,tak jadi..ak tak give up..nak buat jugak sampai pecah..masa aku nak try entah kali keberapa tu, semua cikgu bagi support..waaahhhh..bangga sekejap..hahaha..cikgu Lan suruh buat guna bahagian tangan yang betul..tang nasihat cikgu Faiezal yang lawak..dia suruh aku bayangkan botol tu muka cikgu Jent..aku pun terus cakap "haaa..ok2.." cikgu Jent terus buat muka..hahaha..cam budak2..tapi sampai sudah tak boleh buat...tapak tangan dah lebam..sakit dowh..aku siap mengadu kat cikgu Lan tangan aku lebam...terus dia bagi minyak angin untuk sapu..cikgu Lan memang caring betul ngan student dia..
               cikgu Jent ada buat lagi sekali...tapi botol tu tak pecah..dia buat banyak kali,tak pecah-pecah jugak..pastu dia terus bagi botol tu kat cikgu Lan and pusing ke belakang..jalan menjauhi kitorang..kononnya malu sebab botol tu tak pecah..gaya yang dia buat tu gaya frust habis..hahaha..lawak betul cikgu-cikgu silat aku ni..last time aku try, ak cakap kat kawan ak, 'susahlah nak bayangkan botol ni muka cikgu Jent.." kebetulan cikgu Jent berdiri kat sebelah aku..kitorang dah gelak2..cikgu Jent terus cakap yang kitorang ngumpat dia..hahaha..seronok kenakan dia..botol yang aku pegang tu agaknya memang kebal betul..lapan orang buat,tak pecah-pecah pun..last sekali cikgu mana ntah yang buat..pecah jugak..akhirnya pecah jugak botol kebal tu..hahaha...
                 balik kolej terus pergi derma darah..isi borang pastu buat check up..test darah, hemoglobin cukup..tak sangka aku lepas test hemoglobin tu..hahaha..so, proceed je derma darah...nasib tak pengsan..hahaha..mungkin dah keturunan kebal bab2 derma darah ni..hahaha...tak pening, tak rasa pa pe pun..nasib baik la..alhamdulillah.. lepas siap terus balik bilik..penat dowh dengan semua aktiviti hari ni..kelas silat hari ni la yang paling best..duduk borak-borak je sebab ramai student tak datang kelas..lagi satu sebab hujan..hehehe..syok ari ni..

Monday, December 2, 2013

ujian kenaikan bengkung...

Assalamualaikum..

                  lambat update blog kerana terlalu busy dengan assignment yang main aci kejar dengan deadline..and semua assignment yang nak kena hantar minggu ni dah siap..alhamdulillah..senang hati nak update blog..hehehe..update kali ni pasal ujian kenaikan bengkung silat aku..dari bengkung hitam kosong ke awan putih..tapi tak tahu la lepas ke tak ujian aku ari sabtu ari tu..harap-harap lepas la..hehehe..ujian tu berlangsung pada hari sabtu ari tu bersamaan 30/11/2013.. cewahh..siap kasi tarikh lagi tu..pagi tu nampak cuaca cam panas..tapi masa nak mula buat ujian tu tetiba pulak hujan rintik-rintik..ingatkan hujan tak lebat la..tapi...hampeh..hujan nikmat tu..so, kami semua bersilatlah dalam keadaan hujan..agak lebat jugak la..tanah pun dh lembik and air dah mula nak bertakung kat padang tu..redha je la..buat-buat tak tahu hujan dah turun dengan agak lebat..hahaha..
                    sebelum ujian amali, kami KOI dan KOII ada ujian bertulis..satu jam je..lepas dapat kertas, cari tempat masing-masing nak jawab ujian..tapi kami berkumpul satu tempat..hahaha..dah tak hirau arahan jangan meniru..memang main bincang je..mana-mana cikgu yang lalu selain cikgu Lan, cikgu Faiezal dan cikgu Man, semua kami grab tanya soalan..hahaha...dah habis ujian bertulis, kami diberi masa untuk makan..lepas makan baru masuk gelanggang..
  
ni sewaktu bukak gelanggang di gelanggang Tok jenai..diketuai oleh cikgu handsome kami iaitu cikgu Faiezal...yang dibulatkan tu adalah aku..hahaha..


sedang warm up sebelum mula ujian..
                    bila dah buka gelanggang, semua get ready la nak kena uji..ada dua orang penguji yang datang dari Melaka iaitu presiden PSSGM, Dato' Ismail bin Jantan sendiri yang uji kami beserta anaknya. tapi aku yang KOI ni diuji oleh anak Dato' Ismail.. KOII yang diuji oleh Dato' Ismail sendiri..dan mereka yang amik ujian kenaikan bengkung yang lebih tinggi pun diuji oleh Dato' Ismail sendiri.. sementara menunggu untuk diuji, berlatih dulu..perkemaskan mana yang tak kemas..ingat balik semua step yang diajar oleh cikgu Lan..so, tibalah masanya kami iaitu budak-budak KOI untuk diuji..aku termasuk group yang kedua kena uji..no kat baju aku ialah nombor 9..bila dah kat depan penguji, agak berdebar..tapi cuba me'relax'kan diri..ahakkkss..kami berempat diminta buat asas gerakan 4 dan 7.. agak simple..tapi bab asas elakan,aku memang confuse betul arahan dia..last-last aku salah buat..lain yang dia suruh,lain yang aku buat..tapi not bad la..hahaha..
                     lepas dah buat asas elakan tu semua,kami diminta buat gulingan..just imaging kami buat gulingan dalam keadaan hujan and padang tu dah basah giler ngan air hujan..memang lencun baju silat yang memang tebal tu..kotor tak payah cakap la..memang comot habis from head to toe..gulingan yang kami kena buat 7 ke depan, 5 ke belakang..aku buat ke depan je..tu pun aku tak tahu berapa yang aku buat..tak kira pun..tapi gulingan ke belakang memang aku surrender awal-awal..aku tak berani nak buat..sebab aku tak pernah berlatih pun..karang ada yang patah tengkuk..sape nak jawab??hahaha..the end la ujian kami..tapi rupa-rupanya ada lagi iaitu gulingan anak kambing..perghh..aku ni memang fail ujian gulingan anak kambing ni..dah la penguji tu mintak lelaki yang jadi ank kambing..first aku buat, agak senget dan menyebabkan bahu kiri aku injured..lepas tu kami diberi peluang untuk buat kali kedua dengan anak kambing dari kalangan perempuan..tu pun hasil pujukan cikgu Lan kepada penguji tu..kali kedua gulingan aku lebih baik..tak senget..tapi makin sakit dowh bahu kiri aku..kami semua memang lencun..tak payah cakap la macam mana tahap lencun dan comotnya kami ni..hahaha...dah macam baru balik dari bendang je..

ni adalah ujian budak-budak KOII yang nak naik ke bengkung hijau rasanya..dan masa ni hujan tengah lebat..kalau tengok betul-betul gambar ni,boleh nampak hujan tengah lebat..

ni majlis tutup gelanggang..diketuai oleh cikgu Faiezal jugak...semuanya dah comot...hahaha
lepas dah tutup gelanggang,semua dah sakan bergambar..aku pulak tak de mood nak bergambar dalam keadaan injured..susah nak posing bila dah injured ni..nasib baik cikgu Lan kasi minyak angin..bila dah sapu minyak angin kat bahu,rasa cam lega sikit..so, aku tengok je orang lain yang memang sakan bergambar..

yang ni cikgu Jeng..dia ni agak masalah sikit dengan aku..hahaha..tiba-tiba je nak suruh orang amik gambar dia ngan aku..tu semua adalah gaya yang dibuat-buat..hahaha..

yang kat tengah-tengah tu adalah cikgu Lan yang ajar kelas kami setiap hari sabtu..sangat baik dan tak garang..care dengan anak-anak murid dia..orang yang pertama perasan aku injured..hehehe..yang sebelah kiri cg Lan tu Suli dan sebelah kanan cg Lan ialah cik Nab kami..hehehe...

yang ni lagi satu gaya poyo cikgu Jeng..memang tak leh blah betul cara dia posing..hahaha..

yang ni memang nak tergelak aku yang duk kat tepi tengok diorang bergambar..cikgu Jeng konon-kononnya tengah kaji daun la tu..bak kata orang candid..hahaha..candid la sangat..yang kat sebelah cikgu Jeng tu Nuzul..kami berempat classmates..hehehe...

ni gambar semua anak-anak Gayong beserta cikgu-cikgu kami iaitu cikgu Man, cikgu Faiezal, dan cikgu Lan..cikgu Jeng tukang amik gamabr..dia tak nak msuk gambar ni..yang bulat merah tu aku..hehehe..kat belakang aku tu ialah Dato' Ismail beserta anaknya..budak-budak kat depan tu pun amik ujian silat jugak..
 The End la ujian silat kami..hehehe...walaupun lencun dan kotor dengan tanah selut,tapi seronok..sempoi..dapat kenal ramai lagi anak-anak gayong.. dan aku pun dah jadi anak gayong..and I'M PROUD TO BE GAYONG-ian..hehehe..betul ke eja macam tu..hahaha..lantak la..janji faham..