Sunday, December 22, 2013

Dinner PSYCH...

              malam semalam telah berlangsungnya dinner psych..awesome dan success..alhamdulillah..aku seperti biasa hanya berpakaian simple..tak overdose..hahaha..overdose???pelik nau bunyinya..hahaha..aku pakai jubah and tudung biasa je..tak de la lilit-lilit macam orang lain..majlis pembukaan memang cun habes..gimik perasmian pun cool habes..hahaha..bila dah tiba sesi bergambar tu memang sakan la semua orang ngan kamera masing-masing..aku pun x miss peluang yang memang cun nak amik gambar dengan kawan-kawan and senior-senior..

ni gambar aku ngan ayin (lelaki), nuzul dan nabilah..aku saja je menyibuk..

yang pakai tudung kuning tu adalah usher untuk pengarah program..cun..kat tengah tu fatin,AJK aktiviti dan As yang pakai shawl..

ni adalah abang Iskandar..masalah betul abang ni..dia ni minat kat kawan aku..parah keadaan dia ni..

model yang tak bertauliah..gadis pingitan..hahaha...

kat tengah2 tu kak ikin..tinggi giler kasut dia pakai..4 inch rasanya..giler tinggi kasut dia..

bersama timbalan pengarah program, kak neesa..berlatarbelakangkan pentas yg disediakan oleh AJK persiapan tempat..

tengah belajar main gitar ngan Lim..belajar tip2 nak main gitar...

posing ckit...credit to gitar miruu..hahaha..pinjam gitar dia kejap..dah kempunan giler nak main gitar..lepas jugak hasrat nak main gitar..walaupun tak jadi lagu..

gambar bersama abang chik..sempoi btol..ketua AJK aktiviti..

bergambar bersama pengarah program yang handsome..hot habis PP kami..ramai yang nak bergambar dengan dia..

terasa rendah berada ditengah-tengah..hahaha..

ni bersama isteri abang chik...mai tak nak masuk gambar..merosakkan gambar pulak..hahaha...

sekian saja gambar-gambar dinner..bnyk lgi gambar,tapi takkan aku nak post semua..terlalu banyak..hehehe..fun walaupun makanan dia aku tak berapa suka sangat..tapi seronok lepak ngan kawan-kawan..terasa semangat kekeluargaan tu..ONE BIG FAMILY... :)

Saturday, December 7, 2013

Pecah kaca + derma darah....

               Hari ni sangat tak bersemangat nak pergi kelas silat..tapi kena pergi jugak sebab nak bayar duit kem..so, aku naik bas kul 8..sampai kat kampus lama lam 8.15..bila sampai kat gelanggang Tok Jenai,tengok tak de orang pun yang datang kelas..hanya ada budak baru yang masuk persatuan 3 orang ngan cikgu Lan..pastu kak zulaikha ngan abang Yap sampai..hanya kami berlapan sahaja termasuk cikgu Lan..telefon la suli suruh dia datang..bohong konon-konon semua cikgu dah sampai and ramai orang yang datang kelas..sekali tengah-tengah cakap tu, cikgu Lan mintak fon..dia pun terus membebel kat suli..hahaha..memang kena bebel la diorang..kitorang hanya gelak je..tunggu punya tunggu sampai la pukul 9 lebih..baru lah 3 orang budak KOI sampai and lama sikit, semua cikgu sampai..cikgu Man, cikgu Jent and cikgu Faiezal semua dah sampai..ramai ngan cikgu and ajk persatuan silat je..student yang belajar silat tak de mane pun..
              kelas pagi tu diadakan kat tempat yang ada bumbung..hahaha..sebab hujan..kami belajar pecahkan kelapa and botol pakai tangan..fuyyyoooo..terror kan..tapi aku tak boleh buat..tangan aku yang pecah..hahaha...mula-mula belajar pecah kelapa..terpegun tengok cikgu Lan pecahkan kelapa tu..hahaha..pastu cikgu Jent pulak yang buat..tak pecah..retak je..hanya cikgu-cikgu and abang Yap je yang buat..yang lain cuma tengok..bila time pecah kaca pecah gelas,sudah baca harap balas tu semua kena buat..hahaha..mula-mula buat cikgu Jent..dia pakai botol yang ada penutup..sekali buat terus pecah..dia dengan bangganya menjerit first time pecahkn botol yang ada penutup..hahaha..lawak btol la cikgu Jent ni..
              ramai yang try tapi semuanya berakhir dengan kesakitan..aku pun sama..sampai lebam tapak tangan aku..botol tu tak nak pecah-pecah jugak..masa aku mula-mula nak buat aku tanya cikgu Lan bahagian tapak tangan yang mana nak guna..kebetulan cikgu Jent berdiri dekat je ngan aku..dia terus bunyi cakap, "dengan sy xnak tanya..tanya cikgu Lan jugak..dengan sy lari..x pe la.." gaya dia merajuk habis..hahaha..aku memang tak boleh ngam ngan dia..hahaha...lawak betul bila dia cakap cam tu..lepas first time buat,tak jadi..ak tak give up..nak buat jugak sampai pecah..masa aku nak try entah kali keberapa tu, semua cikgu bagi support..waaahhhh..bangga sekejap..hahaha..cikgu Lan suruh buat guna bahagian tangan yang betul..tang nasihat cikgu Faiezal yang lawak..dia suruh aku bayangkan botol tu muka cikgu Jent..aku pun terus cakap "haaa..ok2.." cikgu Jent terus buat muka..hahaha..cam budak2..tapi sampai sudah tak boleh buat...tapak tangan dah lebam..sakit dowh..aku siap mengadu kat cikgu Lan tangan aku lebam...terus dia bagi minyak angin untuk sapu..cikgu Lan memang caring betul ngan student dia..
               cikgu Jent ada buat lagi sekali...tapi botol tu tak pecah..dia buat banyak kali,tak pecah-pecah jugak..pastu dia terus bagi botol tu kat cikgu Lan and pusing ke belakang..jalan menjauhi kitorang..kononnya malu sebab botol tu tak pecah..gaya yang dia buat tu gaya frust habis..hahaha..lawak betul cikgu-cikgu silat aku ni..last time aku try, ak cakap kat kawan ak, 'susahlah nak bayangkan botol ni muka cikgu Jent.." kebetulan cikgu Jent berdiri kat sebelah aku..kitorang dah gelak2..cikgu Jent terus cakap yang kitorang ngumpat dia..hahaha..seronok kenakan dia..botol yang aku pegang tu agaknya memang kebal betul..lapan orang buat,tak pecah-pecah pun..last sekali cikgu mana ntah yang buat..pecah jugak..akhirnya pecah jugak botol kebal tu..hahaha...
                 balik kolej terus pergi derma darah..isi borang pastu buat check up..test darah, hemoglobin cukup..tak sangka aku lepas test hemoglobin tu..hahaha..so, proceed je derma darah...nasib tak pengsan..hahaha..mungkin dah keturunan kebal bab2 derma darah ni..hahaha...tak pening, tak rasa pa pe pun..nasib baik la..alhamdulillah.. lepas siap terus balik bilik..penat dowh dengan semua aktiviti hari ni..kelas silat hari ni la yang paling best..duduk borak-borak je sebab ramai student tak datang kelas..lagi satu sebab hujan..hehehe..syok ari ni..

Monday, December 2, 2013

ujian kenaikan bengkung...

Assalamualaikum..

                  lambat update blog kerana terlalu busy dengan assignment yang main aci kejar dengan deadline..and semua assignment yang nak kena hantar minggu ni dah siap..alhamdulillah..senang hati nak update blog..hehehe..update kali ni pasal ujian kenaikan bengkung silat aku..dari bengkung hitam kosong ke awan putih..tapi tak tahu la lepas ke tak ujian aku ari sabtu ari tu..harap-harap lepas la..hehehe..ujian tu berlangsung pada hari sabtu ari tu bersamaan 30/11/2013.. cewahh..siap kasi tarikh lagi tu..pagi tu nampak cuaca cam panas..tapi masa nak mula buat ujian tu tetiba pulak hujan rintik-rintik..ingatkan hujan tak lebat la..tapi...hampeh..hujan nikmat tu..so, kami semua bersilatlah dalam keadaan hujan..agak lebat jugak la..tanah pun dh lembik and air dah mula nak bertakung kat padang tu..redha je la..buat-buat tak tahu hujan dah turun dengan agak lebat..hahaha..
                    sebelum ujian amali, kami KOI dan KOII ada ujian bertulis..satu jam je..lepas dapat kertas, cari tempat masing-masing nak jawab ujian..tapi kami berkumpul satu tempat..hahaha..dah tak hirau arahan jangan meniru..memang main bincang je..mana-mana cikgu yang lalu selain cikgu Lan, cikgu Faiezal dan cikgu Man, semua kami grab tanya soalan..hahaha...dah habis ujian bertulis, kami diberi masa untuk makan..lepas makan baru masuk gelanggang..
  
ni sewaktu bukak gelanggang di gelanggang Tok jenai..diketuai oleh cikgu handsome kami iaitu cikgu Faiezal...yang dibulatkan tu adalah aku..hahaha..


sedang warm up sebelum mula ujian..
                    bila dah buka gelanggang, semua get ready la nak kena uji..ada dua orang penguji yang datang dari Melaka iaitu presiden PSSGM, Dato' Ismail bin Jantan sendiri yang uji kami beserta anaknya. tapi aku yang KOI ni diuji oleh anak Dato' Ismail.. KOII yang diuji oleh Dato' Ismail sendiri..dan mereka yang amik ujian kenaikan bengkung yang lebih tinggi pun diuji oleh Dato' Ismail sendiri.. sementara menunggu untuk diuji, berlatih dulu..perkemaskan mana yang tak kemas..ingat balik semua step yang diajar oleh cikgu Lan..so, tibalah masanya kami iaitu budak-budak KOI untuk diuji..aku termasuk group yang kedua kena uji..no kat baju aku ialah nombor 9..bila dah kat depan penguji, agak berdebar..tapi cuba me'relax'kan diri..ahakkkss..kami berempat diminta buat asas gerakan 4 dan 7.. agak simple..tapi bab asas elakan,aku memang confuse betul arahan dia..last-last aku salah buat..lain yang dia suruh,lain yang aku buat..tapi not bad la..hahaha..
                     lepas dah buat asas elakan tu semua,kami diminta buat gulingan..just imaging kami buat gulingan dalam keadaan hujan and padang tu dah basah giler ngan air hujan..memang lencun baju silat yang memang tebal tu..kotor tak payah cakap la..memang comot habis from head to toe..gulingan yang kami kena buat 7 ke depan, 5 ke belakang..aku buat ke depan je..tu pun aku tak tahu berapa yang aku buat..tak kira pun..tapi gulingan ke belakang memang aku surrender awal-awal..aku tak berani nak buat..sebab aku tak pernah berlatih pun..karang ada yang patah tengkuk..sape nak jawab??hahaha..the end la ujian kami..tapi rupa-rupanya ada lagi iaitu gulingan anak kambing..perghh..aku ni memang fail ujian gulingan anak kambing ni..dah la penguji tu mintak lelaki yang jadi ank kambing..first aku buat, agak senget dan menyebabkan bahu kiri aku injured..lepas tu kami diberi peluang untuk buat kali kedua dengan anak kambing dari kalangan perempuan..tu pun hasil pujukan cikgu Lan kepada penguji tu..kali kedua gulingan aku lebih baik..tak senget..tapi makin sakit dowh bahu kiri aku..kami semua memang lencun..tak payah cakap la macam mana tahap lencun dan comotnya kami ni..hahaha...dah macam baru balik dari bendang je..

ni adalah ujian budak-budak KOII yang nak naik ke bengkung hijau rasanya..dan masa ni hujan tengah lebat..kalau tengok betul-betul gambar ni,boleh nampak hujan tengah lebat..

ni majlis tutup gelanggang..diketuai oleh cikgu Faiezal jugak...semuanya dah comot...hahaha
lepas dah tutup gelanggang,semua dah sakan bergambar..aku pulak tak de mood nak bergambar dalam keadaan injured..susah nak posing bila dah injured ni..nasib baik cikgu Lan kasi minyak angin..bila dah sapu minyak angin kat bahu,rasa cam lega sikit..so, aku tengok je orang lain yang memang sakan bergambar..

yang ni cikgu Jeng..dia ni agak masalah sikit dengan aku..hahaha..tiba-tiba je nak suruh orang amik gambar dia ngan aku..tu semua adalah gaya yang dibuat-buat..hahaha..

yang kat tengah-tengah tu adalah cikgu Lan yang ajar kelas kami setiap hari sabtu..sangat baik dan tak garang..care dengan anak-anak murid dia..orang yang pertama perasan aku injured..hehehe..yang sebelah kiri cg Lan tu Suli dan sebelah kanan cg Lan ialah cik Nab kami..hehehe...

yang ni lagi satu gaya poyo cikgu Jeng..memang tak leh blah betul cara dia posing..hahaha..

yang ni memang nak tergelak aku yang duk kat tepi tengok diorang bergambar..cikgu Jeng konon-kononnya tengah kaji daun la tu..bak kata orang candid..hahaha..candid la sangat..yang kat sebelah cikgu Jeng tu Nuzul..kami berempat classmates..hehehe...

ni gambar semua anak-anak Gayong beserta cikgu-cikgu kami iaitu cikgu Man, cikgu Faiezal, dan cikgu Lan..cikgu Jeng tukang amik gamabr..dia tak nak msuk gambar ni..yang bulat merah tu aku..hehehe..kat belakang aku tu ialah Dato' Ismail beserta anaknya..budak-budak kat depan tu pun amik ujian silat jugak..
 The End la ujian silat kami..hehehe...walaupun lencun dan kotor dengan tanah selut,tapi seronok..sempoi..dapat kenal ramai lagi anak-anak gayong.. dan aku pun dah jadi anak gayong..and I'M PROUD TO BE GAYONG-ian..hehehe..betul ke eja macam tu..hahaha..lantak la..janji faham..

Sunday, November 24, 2013

minggu disaster...

Assalamualaikum..

                  minggu ni adalah minggu disaster untuk aku..semua assignments nak kena hantar..assignment titas tak start buat lagi..astronomy tak siap lagi..assignment yang baru dapat tak mula buat lagi..latihan silat pulak tiap-tiap malam sebab sabtu nanti ada ujian naik bengkung..program biro LPS yang rancak berjalan sekarang ni nak kena handle..pergghhhh..memang hebat la jadual hidup aku minggu ni..disaster habis..tapi hidup harus diteruskan..bak kata pencetus ummah rahmat "pandanglah Allah itu besar,nescaya kita akan nampak masalah itu kecil je.."

                   latihan silat tadi agak ok..walaupun datang lambat dan menjadi perhatian semua guru-guru silat..malu dowh...asal la semua guru silat turun tadi..sampai 4 orang guru silat yang pantau kami yang tak berapa ramai ni..dah la tak reti nak ikat kain batik masa nak masuk gelanggang..tak pasal-pasal kena jerit dengan cikgu jengg..cikgu jengg kejam habis tengok je kitorang pakai kain batik..memang lama giler la pakai kain batik..last sekali cikgu faiezal datang kat kitorang..ajar cara ikat kain batik..huahuahua..tapi aku langsung tak faham..lastly dia yang ikatkan kain batik aku..hahaha..dia siap cakap lagi kalau dia tak datang tolong, agaknya sampai esok tak siap lagi ikat kain batik tu..hahaha..masa nak siap-siap masuk gelanggang,hampir kena jerit ngan cikgu jengg..aku pun jerit jugak cakap dah siap..masa bukak gelanggang dia dah sengih-sengih...saja je nak kacau orang bukak gelanggang...lepas tu kena pulak ngan cikgu lan..lompat bintang 20 kali..pasang kuda2 pastu kira sampai 50 kali..memang habis kitorang kena sebab lambat..nasib baik masa practice aku ingat lagi semua step tu..kalau tak lagi kena teruk ngan cikgu lan and cikgu jengg beserta cikgu faiezal..hahaha..tadi jugak belajar buat guling yang tak pernah aku buat..memang perrrghhhh..sakit giler badan ni jatuh..guling pakai teknik yang salah..yang aku pandai hanyalah buat bintang..guling anak kambing pun tak pandai lagi..sebab buat guling anak kambing tu la,badan aku terhempap kat atas tanah..memang sakit habis la...kalau cikgu jengg tengok,confirm dia gelak...dia tu memang suka gelakkan aku..pastu suka nak takutkan aku..tapi kelas silat ni makin best la pulak..sem depan kena amik silat jugak..memang untuk sem depan,aku dah tahap redha menerima silat dalam hidup aku...hahaha...
 
                   walaupun sakit lepas latihan silat tapi boleh hilangkan stress sebab bergelak ketawa dengan diorang semua..lupa kejap keje yang menimbun..sampai sini je dulu..chow..hehehe..

Assalamualaikum.. :)

Thursday, November 14, 2013

cerita hari ini.. :)

                   hari ini hidup aku memang chaos habis..kelas kul 8 dan aku bangun kul 8..terbaiikkk laa.. tu pun nasib baik kawan yang call sebab laptop dia masalah..kalau tak memang aku tak tau la sedar kul berapa..dah la bangun lambat,ari ni pulak aku kena present untuk intro to psychology..elok la..hari aku kena present la lambat bangun..lepas tu,kelam kabut jalan pi kelas..nasib aku mandi tau..kalau ikutkan aku gosok gigi je...hahaha..sampai kat kelas mintak maaf ngan sir nuzsep sebab lambat..then,kitorang pun present la tajuk learning..lepas dah siap sesi soal jawab,sir nuzsep pulak tanya soalan..soalannya ialah,'seorang budak yang malas nak belajar,apa teori yang boleh digunakan nak suruh budak ni belajar?' and jawapan aku ialah positive reinforcement di gabungkan dengan punishment..lepas tu boleh pulak dia suruh tunjukkan macam mana nak buat mengikut teori tu..siap suruh kitorang berlakon lagi..aduii laaa...memang huru-hara la kitorang nak buat demo kat depan tu..aku rasa ni kira cara dia nak marah sebab aku datang lambat la ni..kenakan kitorang kat depan tu...tapi terlepas satu seksa..
                    seksa yang kedua ialah quiz titas..dah la tak habis baca lagi..masuk kelas ingatkan soalan isi tempat kosong..tapi sekali soalan subjektif yang lecturer bagi..memang hmmmm...tak boleh nak cakap apa la..pasrah je la..nasib soalan sikit je..jawab pun main hentam je..hentam je la labu..dah lepas seksa yang kedua..lepas kelas,nak pergi derma darah kat bitarasiswa..pergi je kat situ,tanya la sorang student yang nak derma darah jugak..tanya dia,kena isi borang ke? dia suruh amik borang kat atas meja pendaftaran tu..pastu tanya dia,kalau puasa boleh derma tak?skali dia cakap tak boleh..aku ingat nak redah je..tapi abang yang jaga kat meja tu dah kembali dari waktu rehatnya..hahaha..skema ayat..so,dia dah tahu aku puasa..jangan harap la nak redah..dia tak bagi..so,aku duduk je la kat situ borak-borak ngan dia..lebih kepada sesi soal jawab la..dia tanya aku jawab..hahaha..memang rasa cam kena interview la..soalan punya la membunuh..macam-macam soalan cepumas dia bagi..memang cemas betul aku nak menjawab..ahaakkksss...duduk kat situ sampai la kul 2.30 lebih..sampai diorang dah nak tutup booth derma darah tu..tak boleh derma,tengok orang derma pun jadi la..borak-borak ngan orang yang datang nak menderma..mesra alam la katakan..hahaha...kalau diorang datang lagi bulan depan,memang aku pergi..mesti..insyaAllah..

ini je cerita hari ini...penuh chaos jugak dan tak seperti yang aku rancang..tapi lega dah lepas hari yang memenatkan..malam ni ada latihan silat pulak..tu memang selagi tak masuk bulan 12 memang takkan pernah boleh tarik nafas lega...bertahan je la..ok dulu..chow..hahaha.. :)

Perangai pelajar yang paling common...

                    okayyy..ari ni kelas kenegaraan pukul 4-6 petang..bestkan timing dia...memang kitorang tak de nye nak concentrate 100%.. every group yang present memang..huarggghhhh..ngantuk..tak faham..dan malas nak dengar..Ya Allah..jahatnya aku..hahaha..dengar jugak la sikit-sikit..kitorang ni duk kat belakang..memang best la nak gosip-gosip, makan-makan..hahaha...ni adalah perangai pelajar yang paling common skali..tak gitu..bila malas nak dengar presentation,borak-borak kat belakang..dah tak peduli cikgu kat depan..since sekolah menengah lagi macam ni..hahaha..tak boleh nak ditolong dah..ceritanya,kami tengah makan coco crunch..dah lapar..baham je la apa yang ada..siap boleh bergambar lagi kat belakang..ahakkksss...budak lelaki kat meja sebelah dah borak-borak..nak dijadikan cerita,tahap boring yang amat,kitorang siap passing lagi coco crunch kat member seberang sana iaitu budak-budak lelaki..seronok betul diorang dapat coco crunch tu..nak-nak si wes tu..perangai cam budak kecik..siap mintak nak habiskan coco crunch tu lagi..jangan harap la..aku takkan izinkan..huahuahua...
                   Tengah-tengah duk kecoh tu,terus cikgu bangun dari kerusi kat depan..semua yang kat belakang ni dah terkejut..tindakan refleks seorang pelajar apabila melihat cikgu mula nak meronda adalah sembunyikan semua barang yang terlarang..hahaha..apa lagi..terus aku ambik plastik coco crunch tu masukkan lam beg kat tepi kerusi..handphone aku yang terpasang earphone kat atas meja terus aku letakkan atas riba kasi tutup dengan baju..nasib baju aku labuh..boleh cover phone and earphone yang aku tengah pakai tu..hahahaha..memang lawak giler la..kawan aku lagi parah,terus sembunyikan phone dia bawah paha..sengal betul la..budak-budak lelaki kat sebelah dah buat-buat muka fokus yang amat apa yang dicakapkan kat depan tu..kitorang pun buat-buat fokus la jugak..hahaha..cikgu tu tengok sorang-sorang..siap mengintai bawah meja lagi..takut kitorang sembuyikan apa-apa..bila cikgu tu dah duduk balik kat kerusi dia kat depan,kitorang kat belakang dah bernafas dengan lega..aku mula keluarkan balik coco crunch letak atas meja..ayin si budak lelaki kat sebelah terus cakap sambil pandang ke belakang, "aku ingat aku dengan wes je yang berlakon,rupanya ramai yang berlakon tengah fokus.." hahahaha.. tak boleh blah betul ayat dia..
                   conclusion nya semua student akan buat perkara yang sama kalau tak nak kena tangkap buat kerja yang tak sepatutnya dibuat lam kelas tu..itu adalah perangai yang common bagi setiap pelajar..tindakan refleks la katakan..hahaha..kelas hari ni memang lawak habis..

Monday, November 11, 2013

Found him.. :)

               hari ni tak nak cerita panjang..hahaha..nak cakap pasal pasar malam..asal?? sebab bab kata kawan aku, jodoh pasar malam..huahuahua...ahakkss..tadi pergi la pasar malam cari makan..lapar beb..satu hari tak makan..jalan punya jalan,ehhh...mcam kenal je..macam kenal je..setentang dengan aku ada mamat tengah jalan..hehehe..bila tengok,ehhh...mamat yang duduk barisan belakang masa tengok show gamelan kat UM..alaaa..yang aku usha mse pergi tengok show gamelan tu..hahaha..tak sangka dapat jumpa dia lagi..ahakkss..mula-mula nampak tu,tunjuk kat kawan aku..pastu,kawan aku yang sorang lagi tu terus cakap jodoh pasar malam..jodoh ke??ahakkksss..dia comel la..hahahaha..suka yang sekadar suka-suka..tak serius ok..

itu je kisah jodoh pasar malam aku.. tak mau cerita panjang-panjang..buat penat je.. :)

Saturday, November 9, 2013

Dreams.. ^_^

                  everybody have dream..bkn mimpi di siang hari tau..tu mimpi mat jenin..bkn juga mimpi di malam hari..sebab itu mimpi mainan tidur..dream di sini bermaksud impian..impian kita dalam hidup..kepada sesiapa yang sudi baca entry aku ni,korang mesti ada impian masing-masing kan?? semua orang ada impian..cuma tak semua capai impian tu..just like me..impian aku nak jadi forensik..tapi ak tercampak di upsi dalam course psychology..who knows..mungkin dalam bidang psychology ni ak dapat kejar impian ak nak jadi forensik jugak..mcm psikologi forensik..mungkin aku akan fokus ke arah klinikal..dan impian aku adalah nak dapatkan first degree..so that duit ptptn aku tu ditukar menjadi biasiswa..nak mohon biasiswa,biasiswa apa la yang aku boleh mohon..JPA dah tolak awal-awal..diorang tak taja budak-budak UPSI..KPM,mesti kena jadi cikgu..sedangkan aku tak nak jadi cikgu..kenapa??jangan ditanya..terlalu banyak sebab kenapa aku tak nak jadi cikgu..kalau nak cerita,memang takkan cukup satu page..
                 so,my dream is to get first degree..kalau mimpi pun,tak jadi jugak kan..kena usaha..so,kena la jadi ulat buku..ulat buku yang tak skema ye..ulat buku yang sempoi,sporting,gila-gila..bukan sakit mental ye..hahaha..i have to..so that aku tak perlu susah-susah nak fikir pasal hutang..tapi kalau takdir menentukan untuk ak dapat second degree,ak maybe akan dapat discount utk bayar ptptn tu..insyaAllah..whatever it its,ak kena usaha..belajar rajin-rajin..so that aku boleh dapat pointer yang daebakk..kalau dapat dekan mesti best yang amat sangat kan..tapi dekan kat sini tinggi..3.70 kalau tak silap aku..tapi tiada yang mustahil kalau kita usaha kan..kalau Allah dah tentukan kejayaan tu mlik kita,tak de sape yang boleh halang untuk kita dapat kejayaan tu..tapi kalau Allah dah tetapkan kegagalan untuk kita,walaupun satu dunia ni tolong kita,kita takkan berjaya..dan aku harap Allah dah tetapkan lorong kejayaan untuk aku..dan insyaAllah aku akan usaha dengan lebih gigih untuk menebus kegagalan aku masa kat matrik dulu..aku terlalu enjoy sem 2 sampai aku hilang jalan untuk menuju ke arah impian aku sejak sekolah lagi..
                  aku akan pastikan aku takkan mengulangi benda yang sama..InsyaAllah..moga Allah bimbing aku ke jalan kejayaan..kalau kita jaga Allah,Allah akan jaga kita..work smart and enjoy life campus..jangan terlalu skema..sebab skema itu bukan aku..aku seorang yang sempoi,garang tapi gila-gila..aku tahu aku boleh buat and aku akan buat..supaya aku tak kecewakan orang yang berharap pada aku..lagi satu  impian aku,tapi aku tak yakin sama ada akan tercapai atau tak..sebab aku ni tak lancar sangat english..cakap pun tergagap-gagap..tapi,mungkin bila dah masuk sem 2 nanti aku improve..who knows..ak teringin gak nak try permohonan exchange student ke overseas..untuk satu sem je...tak lama..agak-agak dapat tak..abang senior untuk kos aku tu,sem depan fly pergi korea kalau tak silap ak..bestnye..ak pun nak merasa belajar kat negara orang..hehehe...itu mimpi saja..
                   doakan kejayaan aku di sini.. :)

Wednesday, October 30, 2013

Show gamelan di UM..

                        Semalam miss colleen bawak kami iaitu budak-budak gamelan kelas dia pergi UM untuk tengok show gamelan..ingatkan biasa-biasa je..tapi bila dah pergi, perghhh..hebat siot..hahahaha...lam nak dekat kul 6 la kitorang baru bertolak..sekali ngan budak-budak fakulti muzik and yang amik major minor muzik..tiga buah bas bertolak ke UM..kitorang berhenti makan kat mana entah..aku bukannya kenal jalan sangat..masa tu dah kul 6.30 lebih..lepas tu kul 7.15 betolak balik pergi UM..aku wonder kenapa tak bertolak after maghrib je..kan senang.dah siap solat,baru tenang nak teruskan perjalanan..aku lagi hairan bila tak de sape-sape yang berbunyi mintak berhenti solat kejap..memang diorang ni tak rasa bersalah ke tak solat maghrib..aku hairan betul dengan manusia zaman sekarang..pikir nak enjoy tengok show je..solat entah ke mana..sampai kat UM lam kul 7.55..semua student berpusu-pusu masuk ke dalam dewan..and tak de sape pun yang bergerak cari surau nak solat maghrib..mungkin ada,tapi sikit sangat kot sebab aku tak nampak pulak ada orang yang bergerak keluar dewan cari surau..yang ada pun sorang lelaki..tu pun aku dengar dia jawab soalan kawan dia bila kawan dia tanya dia dari mana..dia pun jawab,pergi solat..rasa berdosa pulak tak solat..yang aku pelik bin hairan nye,kawan dia boleh je kata owh..ok..bagus3..tu je jawapan nye??aku ingatkan nak cakap "asal tak ajak aku sekali??" manusia zaman sekarang kan..dah tak kisah dengan semua tu..
                          aku ingatkan diorang semua ni  nak solat jamak takhir..tapi bila on the way balik,bas tu tak berhenti kat mana2 pun untuk solat..so,conclusion yang aku boleh buat adalah diorang semua tak solat maghrib..tak tahu la diorang tu qada' ke tidak solat maghrib tu..budak-budak fakulti muzik la katakan..pakaian pun seksi2..seksa aku tengok..berhenti makan pun,makan sekali ngan lecturer lelaki..ye la..lecturer pulak handsome..student tu pulak tak adalah cantik mana pun..kalau dah gelak macam pontianak..kalah pontianak..pontianak dengar pun takut..maghrib2 pun gelak tak reti nak control..kalau aku jadi lelaki la,cantik macam mana pun perempuan tu,kalau dah gelak macam tu,pakai macam tu,memang aku tak pandang..sebelah mata pun tak..menyampah pulak bila tengok diorang..
                         okey..dah3..penat aku nak membebel pasal diorang tu..buat hilang mood aku nak cerita pasal gamelan ni..bila show tu dah start,persembahan pertama dari kumpulan kayu gangsa..rupa-rupanya,semua ahli kumpulan tu adalah mat salleh..fuyooo...hebat tu..mat salleh main gamelan..memang hebat la performance diorang..terpegun aku tengok..aku main gamelan pun tersekat-sekat..asyik salah not je..stress pulak aku main benda alah tu..persembahan diorang memang the best..next performance dari UM gamelan..diiringi dengan tarian..yang paling aku suka bila diorang main lagu tindih topeng..memang scary tarian dia..sebab penari tu pakai topeng..and rupa topeng tu menakutkan..lagu dia memang super laju kat bahagian korus tu..memang terpegun tengok pemain-pemain gamelan tu ketuk diorang punya alat muzik..yang paling terpegun tengok pemain baron tu..memang laju giler dia ketuk baron tu..dah la jarak baron tu jauh jugak la antara satu sama lain..tapi memang best performance tu..last punya performance dari kayu gangsa lagi..kali ni diorang gabungkan muzik barat dengan muzik tradisional melayu..memang indah and cantik betul bunyi dia..semua orang memang terpegung dengan persembahan diorang..
                          haaahh..satu lagi yang buat aku suka pergi tengok show tu adalah aku jumpa dengan sorang mamat handsome..hahaha..eh eh..aku tak megorat ok..usha2 je..muka dia macam sharnaz..kalau la dia kurus sikit memang sebiji cam sharnaz..dengan jambang dia..memang sama la..dia duk kat barisan belakang kerusi aku..hehehe..mula-mula je usha..lama-lama dah sibuk tengok performance kat atas pentas tu..dia tak gemuk,cuma chubby..handsome..hahaha..sebelum tu dah nampak dia dekat foyer fakulti muzik before pergi UM tu...masa tu dah perasan dah muka dia cam sharnaz..tapi buat tak tahu je la..kot2 salah tengok....bila tengok dekat-dekat,memang sama la..hehehe..
                         itu saja hasil lawatan aku ke UM..hahaha..memang best tengok show tu..and aku tak tau la aku boleh sampai ke tahap tu main gamelan..hahaha..memang tak mahir mcam tu la rasanya..sikit-sikit tu boleh la..hahaha..okey la..sampai sini je dulu story aku..next time pulak aku story2.. :)

Monday, October 28, 2013

Stress... :(

                        Adat belajar memang stress..tapi tak tahu kenapa sampai sekarang tak boleh nak adapt dengan situasi macam ni..assignment banyak lagi tak siap..banyak benda lagi yang nak kena baca untuk mid-term test..adui laa..sir nuzsep suruh kami bermimpi..tapi walau pun puas aku bermimpi,mimpi tu susah untuk menjadi kenyataan..hari ni baru aku rasa sangat stress..dengan esok ada test gamelan and aku tak pratice lagi..kalau tak nak kena marah, i've to practice..ari tu dah kena marah sebab x boleh main gambang tu..aku tak nak kena marah pulak esok..and aku kena pandai main semua alat muzik tu..kalau tak nak fail test esok..so,esok i've to work hard khatamkan belajr main semua alat muzik tu..kena jugak..by hook or by crook..too much things that i have to think..to much until i'm start getting tired with all those things..sometimes,it make me annoying..and like this time,it makes me stress.. :(

Saturday, October 26, 2013

Sakit Hati!!

                      Sakit hati dengan apa yang berlaku hari ni..apa yang berlaku hari ni?? hari ni aku pergi utnuk penyerahan borang ptptn...aku pergi kat pusat pelajar tu kul 9 pagi..sampai sana orang dah ramai giler..memang giler ramai la..sampai beratur ke luar bilik menunggu tu..tapi last-last kami disuruh balik sebab tak sempat nak proses borang semua yang hadir..memang la tak sempat kalau buat kerja slow..sampai ada yang dah siap submit borang tu cakap akak yang jaga kat kaunter tu siap borak-borak lagi dengan dia..uisshh..memang sakit hati kita yang mendengar ni..buat je la keje..tak payah la nak borak-borak..dah tau ramai yang menunggu giliran,buat kerja dengan pantas la..tu satu hal..satu hal lagi tempat dia buat submit borang ptptn tu pulak punya la 'dekat' dengan kolej kitorang..dah la jauh nak jalan..x de tempat makan pulak kat situ..pastu senang-senang diorang suruh kitorang pergi makan dulu sebab lambat lagi..amboi..ingat kafe dekat ke??jalan nak gi kafe pun dah 20 minit..dalam panas terik pulak tu..kalau nak jalan dalam keadaan salji turun aku tak kisah lagi la..
                       tak pasal-pasal aku terpaksa ponteng program esok sebab nak pergi serahkan borang ptptn kepada mereka-mereka yang berkenaan..sakit hati betul..dah la aku dah bayar untuk program esok..dpt sijil pulak tu..dapat mata mycat lgi..memang rugi giler la aku tak hadir esok..ishhh..menyusahkan betul la..kalau ikutkan hati malas aku nak pinjam ptptn ni..tengok la esok macam mana..kalau x sempat jugak,memang aku tak serahkan la borang tu..isnin dah ada kelas full..bila masa aku nak pergi..nak poteng kelas pulak..memang tidak la..hari ni memang menyakitkan hati betul..balik-balik je kat kolej,makanan dah abis kat kafe..memang la bagus..dari pagi tak makan,pastu lauk pulak dah habis..26/10 lebih teruk dari peristiwa 10/10.. haishh..malas nak cerita lagi..buat sakit hati..

Sunday, October 20, 2013

Family Day PSYCH.. :)

Assalamualaikum..
                 hehehe...ari ni ada family day untuk psychology punya course..fun..walaupun aku tak join aktiviti sukaneka..hahaha..mengelat...choi..sampai hati cakap aku mengelat..hahaha..tak berapa sihat..tiba-tiba dah mai sakit pening nak muntah..spoil betul la..baru je nak have fun..hari ni aku tak berpeluh langsung..nampak tak betapa tak sihatnya..hehehe..before nak cerita lebih lanjut pasal family day ni, ak nak cakap..ehh..salah..tulis.. aku nak tulis yang aku ni jadi AJK pendaftaran untuk family day ni. and dalam course psychology ni ada 5 batch..sebab kos ni baru lagi kat sini..student sem 5 namanya primera, sem 4-sophomore, sem 3- the genezens, sem 2- rapat and kami sem 1 adalah auriolus..hehehe..hebat kan nama-nama batch psychology ni..hehehe..gempak..mantap..ahakkss..kat bawah ni ada gambar2 yang aku sempat snap masa family daytadi..tapi tak jelas sangat la..ambik dari jauh la katakan..


 ni tengah ready utk first game..nk catwalk semua ni...

 yang ni tengah ready utk game ke berapa ntah..passing tepung guna sudu..


 yang ni tengah tunggu game yang super ekstrem..hahaha..celup tepung..apa yang celup tepung?? muka hangpa semua la..nasib tak sediakan kuali..kalau tak terus boleh goreng..

 semua orang dah penat main..aku penat tengok..hahaha..tengah rehat la semua ni..lepas semua dah basah kena hentam ngan belon air..

 yang ni AJK aktiviti..diorang kena kemas dewan yang dah basah ni..hehehe...kalau tengok orang kat belakang yang tengah mop tu,yang tu abang Kooi..pengarah program ni..rajin betul dia buat kerja..

 sempat lagi posing dua orang ni..ni classmates aku..

 yang ni aku snap masa abang Kooi khusyuk buat kerja..abang Kooi ni,semua kerja dia nak buat..tak pernah jumpa pengarah program yang rajin macam dia..biasanya pengarah program mengarah je orang buat kerja..hehehe..jangan marah ye sape-sape yang pernah jadi pengarah program...sampai satu tahap berebut mop ngan sorang akak tu..ish..ish..ish..rajin betul dia buat kerja..

 ni banner yang dibuat oleh protokol..

ni penyampaian hadiah utk setiap group..ada 10 group..aku group no 1 dan ini adalah ketua group kami..

selesai sudah sesi menunjukkan gambar..ahakkss..hari ni walaupun penat,but fun..walaupun tak main,tapi still fun..sampai sini dulu coretan kali ni..sampai ketemu lagi..Assalamualaikum.. :)

Saturday, October 19, 2013

recover... :)

Assalamualaikum...

                   alhamdulillah dah rasa makin baik sikit hari ni after dah 3 hari aku rasa cam nak baring atas katil je tak nak buat pa pe..lepas ambik suntikan hpv dos yang ke-3 ari isnin ari tu,keadaan makin teruk..tak tahu la sebab hpv or sebab benda lain..hari raya pertama tu,makan bukan main sedap..sup tulang kot..sape yang tak de selera bila tengok sup tulang..makan pun tak ada banyak sangat walaupun berselera tengok sup tulang tu.ak makan nasi ngan sup je..tulang ngan daging aku tak makan..hahaha..pelik betul..raya korban tak makan daging..tapi malam hari raya pertama tu,mula rasa tak sedap badan..sakit perut yang amat sangat..rasa cam nak duduk lam tandas tak nak keluar-keluar dah..lepas sakit perut hilang,muntah-muntak pulak..malam tu saja 3 kali aku muntah..semua yang makan pagi raya tu semua keluar..tak de satu pun tinggal untuk dicernakan..buah yang aku baru makan pun,semua keluar..sakit betul..mlm tu pulak sakit satu badan..tak leh nak tido..asyik terjaga je..sakit sangat badan bila nak pusing kiri kanan..sampai subuh tak lena..lepas subuh tu rasa lega sikit..tapi still sakit..lepas subuh tido lena sikit..and lepas zohor baru rasa ok badan..lenguh tu ada la jugak sikit-sikit..tapi tak seteruk macam malam tu..
                   ari rabu malam tu nak naik bas balik upsi..dalam bas tu tahan je la nak muntah..dah la duk kat bahagian belakang dekat ngan tayar..memang ah rasa cam naik kuda..pak cik bas tu pulak mak aii..speed punya la laju..tapi,lena jugak la tido..kena tido sebab ari khamis tu aku ada kelas pagi-pagi buta lagi..sampai upsi kul 5 pagi..naik bilik,siap-siap nak g kelas..awal benau siap nye..hahaha..lepas subuh,layan fb dulu ngan movie jap..hahaha...lepas tu mkn biskut sebelum pi kelas..lam kelas pak nuzsep tu,tahan je la nak muntah..last-last, petang tu aku pi klinik ngan classmates aku.bila msuk jumpa doktor,doktor tu sempoi habis..lawak..hensem pulak tu..ala-ala cam sharnaz..tapi kulit sawo matang la..hahaha..lps dah ambik tekanan darah,dia suruh aku panggil kawan masuk skali..ingatkan nak buat apa la..rupa-rupanya nak jadikan kawan aku tu sebagai saksi kerajaan..hahaha..sebab dia nak cek aku pakai stethoscope..nk letakkan kat perut..so, nk kena ada saksi dia hanya buat check up je..lawak la..tapi, betul la apa yang dia buat tu..langkah berjaga-jaga..budak zaman sekarang kan boleh je nk dakwa-dakwi doktor buat benda tak elok.. [aku bukan jenis yang macam tu okey..] lepas dah cek tu, dia cakap ada gaya nak ada gastrik..adushh..ni yang aku tak suka ni..gastrik pulak..lepas tu dia pesan,jgn minum susu buat masa sekarang ni..jgn makan pedas and jangan minum soya..sebab soya tu tak elok untuk perempuan..dia bagi ubat pening,ubat gastrik ngan ubat muntah..
                    balik dari klinik,aku makan la nasi sebab doktor tu suruh aku makan..tapi,bila balik rumah,keluar semua benda yang aku makan..walaupun lepas aku ambik ubat yang diberi..ari jumaat aku pergi klinik lagi..jumpa doktor yang sama..dia tanya tak okey lagi ea..aku cakap dah makan ubat tapi rasa cam makin teruk..sampai jalan pun dah tak berapa nak larat..dia pun cakap nak bagi injection..ni yang aku tak suka..inject2 la pulak..pastu dia tulis tekanan darah aku and isi borang amende ntah,dia sururh aku masuk bilik rawatan..sebab nak masukkan air lam badan..akak nurse yang uruskan semua tu..masa nak masukkan jarum untuk masukkan air tu,3 kali aku kena cucuk ngan jarum..kali ke-3 baru menjadi..kali pertama kat tangan kanan,darah tak nak keluar sebab dia nak ambil sampel darah nak cek..kali kedua kat tangan kanan jugak,darah keluar tapi bila sambungkan wayar air tu,air pulak tak nak masuk lam badan..cabut balik jarum tu..kali ketiga kat tangan kiri..nasib baik la kali ni menjadi..lebam jugak la tangan kanan aku ni sebab tak menjadi..aku yang takut sangat..sakit kot..lepas dah beres,baring kat katil yang di sediakan..kul 4, dapat injection ubat pening..kena inject saja aku ari ni..tapi lepas dah kena inject and masuk air,rasa lega sikit..lepas air dah habis sebotol,doktor tu datang tengok..sebab klinik pun dah nak tutup..so, tak ada patient la..dia ambik tekanan darah aku lagi sekali..lepas tu bagi nasihat suruh proceed ngan ubat yang dah diberi and suruh aku makan bila balik nanti..pastu dia cakap jangan makan roti pagi2..sebab org yang ada gastrik x elok makan roti..ntah la..dengar je la..tapi aku ikut okey apa yang dia cakap..hahaha..aku kan pesakit yang baik..lepas tu,dapat MC utk 2 hari..hahaha..utk kelas aku ari jumaat yg aku pegi klinik ni,ngan ari sabtu utk kelas silat..tenz doktor bagi MC.. doktor tu dengan baik hatinya hantar aku balik kolej ngan ambulance..skali ngan akak senior yg baring kat katil sebelah masa kena masuk air tadi..akak tu duk kat taman bahtera..so,otw balik kolej, aku sorang je la lam ambulance tu..doktor bilik 3 yang drive..doktor yang rawat aku tu duk kat sebelah pemandu je..aku duk kat tempat belakang ambulance..x suka bau kat situ..memang hospital punya bau..malu bila orang tengok je bila ambulance masuk kawasan kolej..
                   so,selamat sampai la aku kat rumh..tenz to doktor yang drive [walaupun laju betul dia drive..] and tenz untuk doktor yg merawat aku..hehehe..lain kali aku pegi lagi klinik tu..hahaha..suka tengok doktor tu..hensem..hahaha..choi..sakit-sakit pun sempat lagi nak nilai orang..hahaha..ok dulu..bubye..
Assalamualaikum.. :)

Thursday, October 10, 2013

10 Oktober....

Assalamualaikum...
                    Ada apa dengan 10 oktober???hmmm....mungkin birthday ayah anda atau birthday boyfriend anda or maybe birthday awek anda..hahahaha....tarikh ni boleh jadi macam-macam..tapi bagi kami pelajar UPSI, tarikh ni adalah satu tarikh keramat..hehehehe..post kali ni agak horror sikit..so,get ready..ahakkksss..okey..10 oktober..ramai student UPSI tahu tentang kisah 10 oktober..cuma student tahu cerita tu dalam pelbagai versi..dan aku tau cerita tu dalam banyak sangat versi..perlu ke aku cerita semua ek?? hurmmm...10 oktober hari ni la kan??hehehe..budak-budak dah kecoh ngan peristiwa seram kat kampus lama tu..so,aku story sikit la apa peristiwa yang seram tu..pernah diceritakn bahawa pada 10 oktober,kampus lama akan ditutup awal sebab ada 'benda' yang mengganggu pelajar-pelajar dan juga lecturer-lecturer..apa 'benda' tu??hahaha..'benda' tu adalah 'benda' tu la..takkan tak faham kot..entiti yang tak dapat dilihat oleh mata kasar la..
                    versi pertama...ada org cakap la yg dulu ada student perempuan yang comel sangat and diminati ramai..tapi dia pilih sorang je lelaki utk jadi pakwe dia..lepas tu terlanjur and mengandung..malu sgt..lps je bersalin, dia meninggal..aku lupa sebab dia meninggal..anak dia tu,pakwe dia yg ambik and lelaki tu keluar dari upsi.setiap 10 oktober dia akan keluar nak cari anak dia..
                    versi kedua...ada seorang pelajar perempuan yang terlanjur dengan lecturer and mengandung..lepas tu lecturer tu tak nak bertanggungjawab..lepas bersalin,dia bunuh diri rasanya..anak tu pun dia bunuh jugak or mati sndri..tak sure la pulak..then,setiap 10 oktober dia akan keluar nak cari lecturer yang dah buat dia macam tu..
                    dua je versi yang aku dengar..hahaha...tapi,tak tahu yang mana betul..bak kata kawan aku,apa kata kita pergi jumpa dia,tny hal yang sebenar..sengal betul kawan aku tu..ahaakkkss..bangunan yang dikatakan kerap orang ternampak benda tu adalah bangunan suluh budiman yang macam gereja lama tu and bangunan TS,TU..Canseleri pun sama..so,students and lecturers are not allowed to be there after 7 pm...Kalau ikutkan aku,fakulti muzik tu pun scary jugak..and in fact,kampus lama tu a little scary..bangunan lama la katakan..ada orang cakap,selagi tak ada orang yg nmpak 'benda' tu, selagi tu la 'benda' tu akan terus muncul sampai ada orang yang nampak 'dia'..hopefully,'dia' tak pilih aku..hahaha..and semua benda tu aku kurang percaya sebenarnya..sape-sape yang nak percaya,percaya je la..tapi,makin kita percaya benda tu,makin buat diri kita takut..Ustaz Azhar Idrus mengatakan,haram buat diri kita takut selain dari Allah..Takut hantu tu pun kira macam takut selain daripada Allah la..so,bawak la sedar sikit yang semua tu tak wujud..yang ada hanyalah jin dan syaitan..hantu mana ada..so,to all student UPSI or to be student UPSI,tak payah takut sangat dengan 10 oktober..itu hanya satu tarikh..
                     kisah aku di 10 oktober lagi seram..jumpa dengan orang yang memang aku nak elak sangat-sangat..kisah seram aku bermula pada jam 2 petang..aku nak naik bas ngan kwn2 aku..bas dah pun sampai..so,aku tunggu la budak-budak lam bas tu turun..penat perhatikan satu persatu student yang turun,aku pun tunduk tengok bawah..panas sebenarnya..hahaha...bila aku angkat kepala je,aku nampak dia iaitu manusia ye, tengah tengok aku sambil senyum2..ada pe bro senyum-senyum?? hahaha..sengal la dia tu..so,aku naik bas..bila dah tak ramai yang naik bas ke KHAR tu,kitorng pun mula la buat gila kuasa,duk sorang2..x duduk berdua macam biasa..so,tempat sebelah aku tu kosong la..tgh duduk-duduk tu,aku pun mesej kawan aku..tengah taip msj tu,ak tak sedar apa yang berlaku disekeliling..tapi aku nampak la jugak kelibat-kelibat manusia naik bas tu..and aku nampak kelibat seorang manusia nak duduk kat sebelah aku..aku buat tak layan je..sebab aku igt seat blkng dah penuh and aku ingat org tu perempuan..yela..tak pernah hayat aku naik bas kat sini,ada lelaki duk sebelah perempuan..
                       tiba-tiba aku dengar suara cakap "boleh duk sini??" and suara tu suara lelaki..bila aku angkat kepala, it's him..tak sempat cakap pa pe,dia dah duduk kat sebelah aku and bas dah gerak..aku dah buat muka..tapi boleh dia buat dekk je..kureng punya mamat..pastu boleh pulak dia borak-borak dengan aku..aku pun jawab je la bila dia tanya..layan je dia cakap..aku pun tanya dia, "seat belakang dah penuh ke??" dia cakap "banyak je kosong..saja nak duk sebelah kau..boleh borak-borak" ishh..menyirap pulak aku dengar..dah la lepas tu ada akak yang bagi kertas iklan persatuan silat kat semua penumpang bas tu..akak tu pulak bertudung labuh..kang tak pasal-pasal dia pk lain pulak tengok ada mamat kureng duk kat sebelah aku..ishh..memalukan betul..sengal betul la mamat tu..tak kan la aku nak halau dia pi duk belakang..karang mau kecoh satu bas bila aku marah..lagi malu..so,sabar je la..layan je dia cakap apa.. and itulah cerita aku yang paling seram...10 oktober pun bagi aku pengalaman seram..ishh...seram aku duk sebelah dia..
                      sampai sini je cerita seram yang aku boleh kongsikan..cerita seram universiti aku and cerita seram peribadi aku..dua-dua seram..seram yang amat..hahaha.. bye-bye.. Assalamualaikum..

Friday, October 4, 2013

Unsatisfied....

Assalamualaikum..
                   Post aku kali ni mungkin agak sensitif dan beremosi..Hari khamis ari tu aku ada kelas pengajian kenegaraan..After 3 minggu lecturer kitorang tak masuk,akhirnya hari khamis tu dia muncul jugak..Mula-mula muncul,agak sempoi..Ok lagi la..Aku pun boleh terima lagi la..Tapi bila dah lama dia duk lam kelas tu,makin menyampah pulak..Aku tak tau apa masalah dia dengan orang terengganu and kelantan..But,i really unsatisfied dengan apa yang dia cakap..Bangang..Itulah perkataan yang ditujukan kepada rakyat terengganu and kelantan..Aku tak nampak motif kenapa perlu dia cakap orang terengganu bangang..Seriously aku nak cakap,bukan kami orang terengganu sahaja yang menggunakan perkataan bangang tapi almost semua negeri kat malaysia ni pun pakai jugak perkataan tu dalam kehidupan harian..Tak kira la hang ni kedah ke,perak ke,selangor ke..semua sama..Pakai those words..iaitu words bangang,bodoh,jantan..Apa masalahnya??Betul aku tak faham kenapa perlu dia cakap macam tu..Tu pasal perkataan..Pasal assignment tak payah cakap la..Cerewet giler kot..Ingat kitorng ni belajar menyanyi ke nak sibuk-sibuk suruh kitorng jga vokal bila buat presentation nanti..Apa daa..And sorry to say la,tak semua orang yang ada suara perfect..Kasar and dalam..Boleh pulak suruh kitorng present guna suara dari perut..Sesetengah orang memang dah suara dia naturally kecik,halus..macam kawan aku..Perlu ke kami menyeksa diri selama satu jam buat suara plastik??tak ke kejam namanya tu??
                       Tu pasal suara..Lepas tu nak kami buat intonasi suara yang berbeza-beza..yang tu aku tak kisah sangat..Sebab memang perlu pun dalam presentation..Tapi tak payah la sampai mengejek-ejek pulak..Tak semua orang perfect..Lagi satu pasal tanya soaln..Adakah orang yang tak tanya soaln tu seorang yang bodoh??Perlu ke nak menegaskan orang yang bijak adalah orang yang banyak bertanyakan soalan..Kalau setakat tanya soalan yang ntahpape tu,baik tak payah..Lepas tu bila ada orang tanya soalan,boleh pulak dia kategorikan soaln tu aras rendah ke,tinggi ke..Tak boleh ke jawab je..Kalau aras rendah,boleh pulak dia gelakkan soalan budak tu..Tadi suruh tanya..Bila orang dah tanya,tak nak jawab..Dah la tak nak jawab,gelakkan pulak...Hisshhh..Sakit betul hati ni..
                        Lepas tu sibuk pulak cerita pasal Dr.mahathir...Bukannya aku tak suka sangat dengar,tapi perlu ke semua tu..Walaupun ni subjek kenegaraan,it doesn't mean that you have to story all about him..Sikit-sikit Mahathir..Semua kata-kata dipetik dari Mahathir..Boring giler kot dengar..Aku bukanlah anti kerajaan sangat,but could you please stop telling us about the same thing..don't repeat the same story to us..Sebab aku boring dengar..Lepas tu, yang buat aku hampir tergelak ialah bila dia cakap negara malaysia adalah antara negara yang paling maju ni Asia..Ok..fine..aku terima..but,enough with the statement..tak payah nak meng'hiperbola'kan statement tu..Aku tak boleh terima bila dia cakap,apa yang ada kat korea tu semua ada kat malaysia..Kalau betul,malaysia ni ada ke wireless??tak ada kan..Kalau ada pun baru je buat kat selangor..baru selangor..negeri lain??tak ada kan..So,sama ke dengan korea??lagi satu korea dah banyak kereta api bawah tanah..Malaysia??bukan nak kutuk negara sendiri,tapi relevan ke nak samakan negara ni dengan korea..bru je dalam proses kereta api bwh tanah tu or ntah jadi atau tidak..
                        Apa yang ada di jepun ada di malaysia..Apa yang sama??aku tak nampak kemajuan yang sama yang ada di jepun..lepas tu bandingkan malaysia lebih maju dari indonesia..memang la..kalau bandingkan negara malaysia ni dengan negara yang belum maju lagi,kita akan nampak kita lebih maju..cuba bandingkan negara ni dengan negara yang memang lebih lebih maju macam negara eropah,amerika tu..mana yang lebih maju??mesti kita yang akan ambik alih tempat indonesia..then??cakap biar logik..aku tak nampak semua yang dia cakapkan..Kalau malaysia ni penuh dengan rasuah,negara ni tak kan boleh maju melangkah ke depan..duit rakyat pun main nak masuk poket sendiri,apa kes??boleh maju ke macam tu??Lagi satu nak cakap,ciptaan yg mengagumkan macam telefon,kapal terbang tu bukan asalnya datang dari ciptaan orang putih..tapi dari tokoh-tokoh islam..mereka iaitu orang barat yang ciplak semua tu dari tokoh islam..dan hapuskan kesan yang boleh kaitkan nama-nama tokoh islam dalam penciptaan barang-barang yang mengagumkan semua orang tu..nampak tak permainan orang bukan islam..
                        makin banyak aku cakap pasal subjek ni,makin sakit hati pulak dengan lecturer..huh!! memang menyampah betul bila dia dah mula nak bercerita..sorry to say bgi siapa yang tak setuju dengan apa yang aku cakap..all this are my opinions..semua orang berhak mengeluarkan pendapat masing-masing..hak bersuara..itu hak yang aku boleh tuntut..ok??mohon permisi.. 

Friday, September 27, 2013

Perasmian... :)

Assalamualaikum...
                  
                  Jam 7.40 petang tdi secara rasminya aku telah merasmikan laptop aku yang baru je dibeli tengah hari tadi..hehehe..teruja dapat beli laptop..tapi untuk belajar..bukan untuk main-main..jangan sampai lalai dalam belajar ye cik afiqah..ahaakkksss...thanks abah bgi pinjam duit beli laptop..aku puas hati la beli laptop ni..setelah lama ku mencari-cari,akhirnya ku temui juga laptop yang memenuhi kehendak aku..hehehe...dah bukak fb tadi..chat-chat dengan kawan..post-post gambar..hahaha..test power laptop ni la katakan..hahaha..aku akan jaga betul-betul laptop aku ni..bukan senang nk dapat..hargai..sekarang nak test power untuk blogging pulak..hahaha..

Thursday, September 26, 2013

Orang bilang... :)




Kamu bilang padaku bahwa kamu benar sayang
Kau bilang aku kau akan selalu sayang
Dan kamu bilang aku cinta kamu sayang

Kamu bilang padaku bahwa kamu benar cinta
Kau bilang aku kau akan selalu cinta
Dan kamu bilang aku sayang kamu cinta

Tapi orang bilang katanya kamu ga sayang
Orang bilang katanya kamu ga cinta
Orang bilang tentang kamu orang bilang…

Sekarang kamu bilang bahwa kamu paling sayang
Sekarang bilang bahwa kamu paling cinta
Sekarang bilang aku siap mati sayang…

Kamu bilang padaku bahwa kamu benar sayang
Kau bilang aku kau akan selalu sayang
Dan kamu bilang aku cinta kamu sayang

Kamu bilang padaku bahwa kamu benar cinta
Kau bilang aku kau akan selalu cinta
Dan kamu bilang aku sayang kamu cinta

Tapi orang bilang katanya kamu ga sayang
Orang bilang katanya kamu ga cinta
Orang bilang tentang kamu orang bilang…

Sekarang kamu bilang bahwa kamu paling sayang
Sekarang bilang bahwa kamu paling cinta
Sekarang bilang aku siap mati sayang…
Hooooo……
Tapi orang bilang katanya kamu ga sayang
Orang bilang katanya kamu ga cinta
Orang bilang tentang kamu orang bilang…

Sekarang kamu bilang bahwa kamu paling sayang
Sekarang bilang bahwa kamu paling cinta
Sekarang bilang aku siap mati sayang…
Hoooo… Hooo…

p/s : inilah lagu yang selalu dipasang di kem super..i like.. :)

Monday, September 23, 2013

Kem SUPER... :)

            Assalamualaikum...
            Tahniah dan takziah kerana terpilih menjadi rakan exco latihan dan pembangunan sahsiah..begitulah bunyi mesej yang aku dapat..cewahh..skemanya ayat aku..hahaha..pa pe pun memang bersyukur sebab dapat jadi rakan exco or singkatannya adalah REXCO..ahli baru yg dipilih hanya 5 perempuan and 5 lelaki..tapi lelaki dah tinggal 2..sebab 3 org dah tarik diri..apa daa..pergi interview,tpi bila dah dapat tarik diri pulak..tak pasal-pasal kak balqis ngan abang fidauddin kena cari orang lain..biro kamilah paling sikit ahli..hehehe..semua orang tengok pelik..hahaha..jumlah rexco yang sikit tak bermakna kami lemah..hehehe..betul tak?? hari jumaat,sabtu ngan ahad ari tu ada kem pemantapan untuk rexco iaitu kami lah..ahakkss..bermula lah kisah yang agak tragis dan sengsara dalam hidup aku or mungkin dalam hidup kami sebagai rexco..
             Hari pertama..pendaftaran pukul 6 kat dewan KHAR..pastu solat maghrib ngan isyak berjemaah kat dewan tu..lepas tu kami diberitahu yang kami hanya akan buat kem tu kat dewan tu je..tak keluar pergi mana-mana pun..sebenarnya aku dah tahu awal pasal benda tu..kawan aku rexco untuk biro sukan.macam mana dia boleh tahu??sebab kem commander kitorang exco sukan..so,mesti lah dia bagi tahu budak-budak biro dia..lepas tu,malam ada program pecahkan ais..hahaha..macam biasa..kumpulan dibentuk..kumpulan aku namanya Leftenan Md.Ali...consist of 3 male and 13 female..malam pertama kem tu,kitorang tidur pukul 2 lebih..2 pagi lah..tak kan 2 petang kot..ahakkss...punya la lambat..lepas tu bangun pukul 4.30 pagi..nak mandi punya la lama..kena beratur..sebab kat dewan tu ada tandas je..sorang-sorang pulak mandi macam mandi kat bilik air kat rumah pulak..punya la lama..last-last ,aku tak mandi..hahaha..gosok gigi,cuci muka pastu ambik wudhuk..solat subuh berjemaah kat masjid..lantak la..akak fasi cakap biasalah kalau tak mandi bila pergi kem..
              Hari kedua..lepas solat subuh kat masjid,kitorang diarahkan oleh kem comm untuk berkumpul depan masjid..buat warm up kat situ..main katak..ehh..main permainan katak okey..x de maknanya nak main katak hidup tu..kalau kena main ngan katak hidup tu,memang aku quit je..kem comm kitorang namanya sazwan..tapi kami panggil dia abang zuan je..punya lah garang..bak kata abang aqmal a.k.a abang kasim , abang zuan tu tak garang pun..hahaha..cuma terpaksa menjadi garang..ye la..nama lagi kem comm...hahaha...lepas warm up,terpaksa jogging ke tasik..itu semua idea senget abang sulaiman..err..abang sulaiman tu nama dia tau..nama full dia abang sulaiman bin abang apa ntah..hahaha..lupa..so,kitorng terpaksa la jogging ke tasik..bapak giler jauh..huh..penat dowh..lepas balik jogging,ada program kat dewan..explorace memang wajib ada..sampai petang..lepas isyak,program bersama felo..so,berchenta la dengar ceramah..badan aku memang sakit habis..lepas habis program ngan felo,abang aqmal punya slot pulak..slot awak pasti boleh..biasalah..slot untuk semua sedar diri pasal pencapaian masing-masing..dah membalas jasa mak ayah ke belum..ramai gak la budak-budak yang leleh..tapi,boleh pulak aku tertidur kejap..dah abang aqmal suruh tutup mata..memang tertidur la aku..aku memang dah mengantuk..ahaakkkss..teruk betul..bukan tak touching..tapi dah biasa fikir benda-benda macam tu..so,dah malas nak fikir lagi sekali..
               slot tu habis kul 12 malam..lepas tu ada aktiviti lagi rupanya..iaitu night walk..waduh-waduh..memang tak kasi kitorng tidur la ni..lepas taklimat pasal keselamatan,kitorng pun mulalah perjalanan malam kami..aku join kejap je..hahaha...saja nak mengelat..hahaha..choi..mana ada..aku sakit betul-betul la..sakit perut..aku ni bukannya boleh berdiri statik lama-lama..kalau jalan tu tak pe..kalau berdiri statik ni , mulalah pedih perut..so,ak tarik diri..lepas kak shuwai iaitu fasi untuk bimbing kump kami bagi ubat,ada akak yang lain datang ambik aku ngan kereta..pergi kat tempat orang sakit..selain kak shuwai abg nizam pun fasi untuk group kami..bila sampai kat tempat org sakit tu,baru lah boleh bukak penutup mata..punyalah tak nak aku tahu aktiviti tu kat mana..bila dah smpai situ,apa lagi..tidur lah..mata dah mengantuk..pukul 2.50 abang fizsi kejut kitorng semua..dia suruh kitorng jalan pergi kat blok 4..memang mendera..kitorng tengah mamai- mamai , boleh dia suruh kitorng jalan sendiri..nasib tak jatuh longkang..aku jalan pun dah macam orang mabuk..lepas smpai kat blok 4,aku tengok ramai betul yang baring kat tengah jalan,kat depan blok..atas rumput pun ada..rupa-rupanya tu salah satu tugasan budak-budak yang kena night walk tu..kitorang hanya mampu melihat..hahaha..jahat kan?? aku tahan je nak gelak tengok diorang semua kena bohong ngan akak-akak and abang-abang fasi..kalau aku tak tahan mau kena dengan abang razi..dia dah siap cakap "ooo..sedap la korang rehat je ye..nanti korang pulak yang kena.." ishhh..memang tak la aku nak buat semua tu..tapi, kesian ngan budak-budak group aku..sebab aku sakit diorang kena simbah ngan air..memang lah semua orang kena simbah jugak..tapi diorng kena simbah sebab x ambik aku masuk group balik..abang-abang and akak-akak fasi cuba buat diorng fikir aku dah kena rampas dari kumpulan kitorng..kira macam denda abaikan kawan la ni..tapi,diorang memang caring giler..lepas dah tamat night walk tu,semua orang tanya aku ok ke tak..memang terharu la..i'm touched..hahaha..lepas dah kena bebel ngan abang and akak fasi,kitorang dibenarkan pergi masjid..mandi and tidur kat situ..tapi mcam tak ada guna gak..kul 4pagi  bru smpai masjid..tunggu nak mandi,last-last kul 5 pagi baru aku tidur..kul 6 pagi bangun solat subuh..lps solat tunggu tok imam berzikir dulu..masa tu aku memang dah nak tumbang..aku pun angkat kaki pergi tidur kat belakang..maaf la ye tok imam..dah tak tahan ngantuk...sedar-sedar kul 8 lebih..tu pun ngantuk lagi..tapi kena siap-siap jugak pergi dewan..ada aktiviti lagi..
              sampai kat dewan kena bebel ngan ketua kump..sebab lewat..hahaha..setiap kali kumpul ketua kena bagi report ke penghulu..lepas tu penghulu kena report kat kem comm..alaa..memang macam askar habis kem kitorang ni..gambar kat banner pun gambar askar..memang tahap askar la kem comm kitorng..ada ke patut dia bagi arahan klau dia cakap "boom" , kitorng kena meniarap macam askar tu.. kalau dia cakap "boom boom" , kitorng kena duduk mencangkung macam pendatang asing kena tahan ngan polis imegresen..aduii laa..memang yang tu paling aku tak suka..bila abang zuan tanya ada yang sakit ke tak,ak akan jawab slow-slow yang aku sakit hati dengan dia..hahaha..lepas tu dia cakap "kalau sakit hati dengan abang zuan,tak payah cakap la.." hahahaha.. macam tau je apa yang aku cakap...ahakkss..tapi,dia okey je..sempoi..kalau nak buat geng gila-gila tu memang boleh la..pagi tu jugak kitorng disuruh baring lam dewan tu oleh abg zuan..memang saja je..tapi tgh baring tu fasi bagi makanan..tpi baring tu yang ak tak dapat terima..ada yang dah lena..aku memang tak boleh lena kot..baring tengah2 dewan..memang tak la..hari ketiga kitorng kna buat persembahan..kump ak kena buat dikir barat..hahaha..rancang punya baik..tapi,bila dah naik atas pentas,jadi kucar kacir..bdk lelaki bawak naik kompang tapi tak main..last-last abang zuan tolong mainkan..terbaik la..ak yang pegang alat muzik kat belakang ikut rentak abg zuan..dia cakap lirik kitorng kena dengan tajuk..dia pun suka..cuma suara budak2 yg duduk kat belakang tak kuat sangat..tapi,kira okey la..abang atik yag merupakan pengarah program pun suka ngan lirik lagu kitorng..hehehe..lps isyak majlis penutup..kami rexco ni la yang terpaksa mengatur perjalanan majlis dibantu dan dipantau oleh exco-exco yang lain..kira macam nak didik kami untuk uruskan sesuatu majlis..aku duk kat bahagian teknikal..under kak ain ngan abang aqmal..so,sekarang ni ak dah tau la sikit2 pasal sound system and segalai bagai yang org teknikal pakai untuk majlis..selain majlis penutup,majlis tu majlis bacaan ikrar kami sbg rexco..lps majlis tu habis,kemas dewan..lepas tu,ada postmortem..first time kot buat postmortem..tapi itu yang kami kena lalui untuk hari-hari seterusnya sebagai rexco..kul 1 jugak la balik rumah..memang x fikir apa dah masa tu..nak tidur je..
                 tapi seriously, melalui kem ni and bila dah jadi rexco ni,aku mula kenal betul ngan akak-akak and abang-abang exco untuk KHAR...dah mula rapat dengan diorang..kiranya best la...hehehe...kat kem ni aku belajar macam2 energizer..yang aku suka lagu orng bilang..ada stu tarian yg melibatkan tangan je untuk express kan lirik lagu tu..yang tu aku paling suka..abang aqmal pulak memang suka pasang lagu tu..hahaha..so, 3 hari kem super dijalankan bagi aku seribu erti..ahakkss..best walaupun x cukup tidur..tapi mengeratkan silaturrahim..nak-nak orang peramah macam aku ni,mudah lah buat kawan..hahaha..perasan je..okey lah..sampai sini je story aku..lain kali story2 lagi..hehehe..
Assalamualaikum... :)

Sunday, September 15, 2013

Living or dying..You choose.. :)

Assalamualaikum...
                   Tjuk post aku hari ni living or dying..you choose..erk??asal lak you choose..I choose la..Ni kan hidup aku..kan?? Tpi boleh je untuk orang-orang yang sangat rajin baca blog aku..You choose in your life..Nak living or dying..Ni lagi satu aku x faham..Apa kaitan kena pilih living or dying ni..kang kalau pilih tang dying , commit suicide namanya..dosa besaq kot..hehehe..Dah dah dah..Tak payah duk melalut kat sini..Aku ni memang dah terpengaruh ngan member cakap utara..Asyik nak terkeluaq je utara ni..Macam sekarang ni la..Haih..sampai nak cakap terengganu pun,ada lgi campur-campur ngan loghat utara..Pa pe pun, tak kisah loghat mana sekali pun..Kita kan 1 malaysia..Tak gitu..Ahakkss..Back to the main point of this post..cewaahh..speaking gitu..Kena la belajar speaking kat sini..semua belajar in english..Please..no bahasa melayu in my class..Ternganga aku nak kena adapt dengan semua tu..tapi tak pe..tak mati lagi kot aku kat sini..semua tu boleh belajar kan..slow-slow la kita belajar..hehehe..bak kata pepatah arab, "belajar dari buaian sampai ke liang lahad.. " cenggitu la bunyinya..hehehe..
                      Living kat sini memang tough beb..Duit mengalir macam air..tu ak tak buat perangai kuat makan lagi tu..Kalau dah seminggu lebih boleh habis rm100, apa cer beb..memang ak kat sini betul-betul kena pandai bab-bab urus akaun sendiri la ni..Kat matrik tak parah macam ni..Sekali makan dah paling kurang rm5..Kalau satu hari 2 kali aku makan,x ke dah rm10..Kalau 30 hari,dah rm300..mati aku cam ni..Tak masuk duit nak beli buku,print,fotostet lagi tu..buku saja dah rm80 sebuah..Baru sebuah..Belum semua subjek yang aku ambik..Haish..Memang mati kering aku kat sini..Tu yang mai tang dying tu..dengan PTPTN tak dapat lagi..Perghh!!! lagi stress aku di buatnya..Patut la Allah telah takdirkan aku untuk dapat rumah kat tingkat 4..Supaya aku kurangkan duit belanja untuk makan..Yelah..Sebab aku ni jenis yang malas nak turun makan..Dah la blok jauh la jugak dari kafe..Tingkat 4 pulak tu..Memang idak la aku nak penat-penatkan diri turun gi makan..So,paling kurang satu kali sehari aku makan nasi..Kalau hari minggu cam sekarang,makan roti ngan biskut je la untuk satu hari..Tahan la..Dah malas nak turun..Turun pun kalau ada hal yang memang emergency habis la..Kalau yang melibatkan nyawa aku,tu memang aku turun..hahaha..nampak tak betapa malasnya aku..Hahahaha..Almost dying aku kat sini..
                        Tu pasal makan,pasal duit...Sekarang nak cakap..eh..nak tulis pasal kelas pulak..Minggu pertama kelas memang tak ada apa sangat la lgi..Kelas Introduction to Psychology yang pertama ngan Sir Nuzsep Almigo..hebat tak nama lecturer aku??Orang indonesia..Ada PhD tu..don't play play ah..Hahahaha..Yang ni nasib baik dwibahasa..boleh la aku faham sikit..bukan tak faham langsung,cuma time nak bercakap tu masalah aku nak susun ayat..berbelit-belit lidah aku..Tapi , baru kelas pertama,aku dah kena dah dengan dia..boleh dia main psikologi ngan aku..memang haru betul sir nuzsep ni..Tak pasal-pasal aku dah kena manipulate dengan dia..Tapi kira sempoi la..Kelas kenegaraan,lecturer tak tau pun ada kelas petang tu..lagi hebat..Kelas TITAS pulak kat kampus lama..Lam DK..bukan drift king tapi dewan kuliah..hehehe...Lecturer cakap kalau ada student asing..mohon perhatian..student foreign..bukan makhluk asing okey.. Kalau ada foreigner lam kelas tu, kitorng kena buat presentation in english..mangai..agak-agak la..Tak kan nak buat presentation pasal sejarah ketamadunan in english kot Puan..Sepanjang hayat kitorang belajar dalam bahasa melayu..Tamadun pun saya tak tau amende lam english..inikan pulak nak bagi explanation in english..Tu memang nak buat saya quit dari kelas ni...Tu dah satu hal..hari jumaat ada kelas wacana akademik BM..mmg excited la jugak nak gi kelas BM..sampai kat kampus lama (setelah penat tunggu bas..pastu kena beratur nak naik bas..) , berjalan lah kami menuju ke TS..TS tu Tadahan Selatan..sampai je kat situ,classmate dah senyum-senyum..Dia pun tunjuk lah kertas A4 yang tertampal di pintu kelas.. "Salam sejahtera kepada para pelajar  kumpulan R..Kls BMW3032 Wacana Akademik BM pada hari ini (13/9/13) terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..Kelas akan berlangsung seperti biasa bermula pada minggu depan..Harap maklum..Yang benar, Pn. ..... my lecturer.. " Class cancel??After kitorang meredah hujan berjalan ke kelas,kami dimaklumkan yang kelas cancel..Memang menguji kesabaran namanya tu..Tapi tak pe..Nak suruh kitorang jalan-jalan kat kampus lama la tu..sabar je la..Cuaca pulak kejap hujan kejap panas..Fuhh..memang boleh demam panas kitorang kat sini..bila dah mai hujan tu,memang sejuk la..Kabus pun boleh nampak kat gunung-gunung..UPSI kan dekat dengan banjaran titiwangsa..Masa tu cantik sangat pemandangan tu..Subhanallah..cantik..nikmat kesejukan lepas hujan tu memang tak terkata..
                  Dah habis dah hari-hari di minggu kedua kat UPSI ni..Nak masuk minggu ketiga dah..Nak kena belajar adapt dengan semua benda kat sini..Satu lagi,masjid dia cantik sangat kat dalam..kat luar pun cantik..patutlah kos buat masjid tu tinggi..hehehe..tapi,kawasan muslimat dia terdedah sikit and kecik sikit..Tapi not bad la..cantik..cantik lagi kalau ramai makmumnya..kan??hehehe..walaupun jauh,insyaAllah akan mencuba untuk sampai ke sana setiap malam minggu..Daa dulu..Mohon permisi ya..hehehe..Assalamualaikum.. :)

Tuesday, September 10, 2013

permulaan hidup di UPSI....

            Hari pertama pendaftaran..lps tu dpt kunci rumah..blok KHAR 6-4-2 (2)...memang sayup kat atas..nak putus nyawa angkat barang sampai tingkat 4..memang naya la ak sem ni nak turun naik..lps tu unpacked barang..kul 4.30 kena kumpul kat dewan KHAR untuk taklimat orientasi..lps habis taklimat,balik bilik...rehat kejap sebab malam tu ada raptai bacaan ikrar..boring la jugak..duduk je..second day, dari pagi sampai petang ada sesi ceramah pasal semua benda yang budak baru macam kitorang kena tahu..sambung pulak malam tu..kul 12 jugak la baru sampai bilik..semuanya sebab beratur nak tunggu bas punya la lama..rakyat KHAR pulak mmg teramat ramai..third day, memang berchenta la kitorang dengar taklimat segala bagai tu..tahan je la mengantuk dengar taklimat tu..walaupun penting tapi mengantuk tetap mengantuk beb..mana boleh tahan..tapi nak tidur memang tak la..akak-akak ngan abang-abang RSK tu bukannya boleh kira..main tangkap gambar orang tidur je kerja diorang..nasib baik aku tak buat gimrama kat dalam dewan tu..ahakkss..lps taklimat terakhir malam tu,habislah seksa kami untuk orientasi UPSI..ingatkan boleh la rehat..rupa-rupanya,ada pulak minggu jalinan siswa untuk kolej kediaman..aduii la...minggu jalinan ni smpai la hari jumaat..best la jugak walaupun penat..abang-abang and akak-akak MMK memang sempoi..MMK tu Majlis Mahasiswa Kolej..hari sabtu bacaan ikrar..semuanya berjalan dengan lancar..so,rasmilah kami sebagai mahasiswa mahasiswi UPSI..
                Second week kat sini..hari pertama start kelas..kelas aku pukul 2 ptg..x kn 2 pagi kot..agak-agak la..hehehe...pergi la kelas dengan sempoinya..alaaa..awal lagi..sampai kat blok 10 tu,mula cari kelas..naik tingkat 2.."ehh..ni pejabat profesor je ni..mana bilik kuliah??" dah mula gabra dah ni..dah nak kul 2 ni..karang lambat pulak pi kelas..cari punya cari..tak jumpa jumpa..habis semua orang yang selisih dengan aku,semuanya ak tanya mana BK22..tapi semua tak tahu..apa daa...tapi tak pe..boleh rilek lagi..tak nangis la..ahakkss..pastu terserempak la dengan sorang budak ni..dia tanya aku mana BK22..aku pun cakap la "tengah cari gak ni.." so, kitorang pun sama-sama la cari..pastu jumpa lagi sorang budak..kali ni budak lelaki..rupa-rupanya dia pun sesat macam kitorang..satu kelas pulak tu..so,jalan la sama-sama cari kelas..pastu sampai la ke kelas BK20..kat situ rupa-rupanya satu kelas sesat..ingatkan aku sorang je yang sesat..rupa-rupanya satu kelas sesat..lawak lawak..yang paling lawak,rupa-rupanya BK22 kat tingkat 2 blok tu memang tak wujud..apa daa punya system tulis dalam jadual kitorang BK22..lps tu kami disuruh masuk ke BK20 tu..lepas masuk kena tunggu lecturer pulak..tunggu punya tunggu,dalam pukul 2.45 ptg barulah lecturer kitorang masuk..nama dia KA..stands for what, jangan tanya..panggil KA je..ni lagi satu lawak..KA pun sesat jugak..45 minit dia cari kelas tak jumpa..hahaha..lawak lawak..first class pun dah macam-macam jadi..tu baru hari pertama kelas..aku tak tau la apa akan jadi untuk hari-hari yang sterusnya nanti..nasib baik la KA tu jenis yang sempoi..rilek la sikit kitorang kat dalam tu..nasib baik aku tak balik je masa tak jumpa kelas tu...baru aku perasan,ak memang sama-sama sesat dengan budak lelaki kelas aku tu..cuma tak tergerak hati nak tanya dia budak kos apa..hahaha..lawak seh..dan dia la satu-satunya kumbang dalam kelas kitorang..kesian..siapa la yang bahagikan budak psikologi ni..kesian dia tercampak sorang-sorang dalam kalangan bunga-bunga ni..ahakkksss..hehehe..dah dah..dah banyak dah cerita..tadi pun kitorang ada meeting dengan akak-akak and abang-abang senior untuk kos psikologi..dapat kenal akak-akak and abang-abang..so,tak ada la nanti terkial-kial nak cari orang nak tanya pasal kos ni..so,sekarang ni kiranya aku dah tahu apa yang aku nak buat seterusnya..chaiyok!!! aku boleh harungi semua ni..smile always..and chill je..kan??kan??kan??hehehe..okey la..bubye.. :)

Friday, August 30, 2013

Leaving...

             I'm leaving..leave terengganu for a while..will be back every cuti semester..hahaha..but still sedihh..afraid actually..takut seh..dengan minggu orientasi lgi..seriously i hate orientation week..tapi minggu tu jugak la diorang bagi info-info yang penting..arghh!!! why??? huh! no idea..rasa macam nak mula tulis mengarut ni..eheh...UPSI is not my choice...tpi psikologi was my choice..eheh..entah betul ke tidak english aku ni..oh my english...ak tak tau la kenapa anti sangat dengan upsi ni..mungkin sebab bila sebut upsi je, ak akan terbayangkan cikgu..hahaha..memang parah dowh..whatever it is, ak harap minggu orientasi ak and minggu akademik ak tak teruk..hope it will be fun..takut nak naik satu level lagi..degree..berbeza dengan matrik yang lebih macam sekolah..tapi degree adalah dunia universiti yang sebenar..cita-cita nak sampai masters..insyaAllah..so,kena kuat utk degree ni..duduk jauh-jauh dari family..semuanya the best for me..stay away from my hometown.. (mcm pelik je ayat..whatever la..)ak rasa ak boleh cari who am i bila jauh dari family..mula nak kenal diri sendiri and change for good..ak tak nak la be good for nothing.. kan??maybe ak akan update how my orientation week akan berjalan kat sana..
               aku pun dengar bnyk cerita misteri pasal upsi ni..tapi bukan sebab tu x berapa nak rela pergi sana..cuma...i don't know..bak kata orang mind crisis.. or...personality crisis..whatever la..yang pasti crisis-crisis la kat belakang tu..nati berabuk la ak cakap pasal personality and crisis-crisis ni..hahaha...hope ak boleh kaunselingkan and psiko diri ak dulu sebelum ak psiko orang lain..eheh...work hard,be strong..you can do it..trust yourself so that people around you can trust you..haha..tu falsafah ak sendiri.. ( kekening.. ^,^ ) target ak dr.psikiatri..x nk jdi kaunselor kat sekolah..sebab ak x suka berurusan dengan budak sekolah..sama macam ak x suka berurusan dengan kaunselor masa kat sekolah dulu..ak rasa ada je org macam ak kat luar sana...
               ok la..focus on your study..selamat menjadi warga UPSI..and menjadi orang Perak untuk 4 tahun akan datang.. smile always..change for good.. insyaAllah.. :)

Thursday, July 18, 2013

Welcome back... :)

          Setelah setahun lebih aku buat x tahu je kat blog ni,akhirnya tergerak jugak hati ni nak uruskan balik blog. .cantikkan balik , betulkan apa yg x betul. .hahaha. . Aku dah habis matrik. .SPM dulu pun ok la . . 9A2B kira ok la . . pastu dapat la msuk matrik. . Kolej Matrikulasi Melaka . . kat Lodang . .bukan london tau. .ahakkss. . Masuk matrik home sick kejap . .kejap x kejap 2 minggu jugak la. . hahaha....Bermula la hidup sebagai student matrik yg maha sibuk mengalahkan menteri...x cukup kaki nak jalan...x cukup tangan nak buat kerja...x cukup mulut nak makan.. [err..ada ke macam tu..sibuk tapi ada banyak masa pulak nak makan.. ] hahaha. . . . Sem 1 ok la . . Subjek fizik je yang aku kena banyak cover. . Tapi bila masuk sem 2, Tuhan saja yang tau betapa stress nye belajar . . Dengan subjek Kimia yg organik and Bio pasal Kingdom2 . . Perghhh!!! Pening . . Tapi adat belajar beb . . kata impian tinggi , kena la susah payah sikit. . kan? kan? kan? Satu yg special pasal KMM ni . . . Kami panggil KMM ni sebagai bumi tarbiyyah . . Sebab kat KMM ni la aku rasa iftar jam'ie ramai2 makan dalam dulang . . Sunnah nabi tu . . kan?? Kat sini jugak la aku ditarbiyah oleh ustaz2 , abang2 senior , kakak2 senior , ustaz jemputan setiap kali ada program , Brother Lim yang membuatkan aku terkesima mendengar hujah beliau . . Kat KMM ni jugak la merasa masuk geng . . Bukan geng 606 tapi geng surau . . Sedikit sebanyak boleh la topup apa yang ak x tau lagi , ingatkan balik apa yg aku dah lupa. . . I'm trying to change from a little bit better to better . . Nanti insyaAllah akan ke arah more better. . . Dapat jumpa orang yg pelbagai ragam . . Orang KL yg boleh bertudung labuh walaupun tinggal kat tengah2 bandaraya yg pesat tu . . And yg paling bermakna adalah my classmates . . Ahli2 kelas S15T5 yg senget2 . . Trademark kelas kitorang adalah 'ini semua senget' . . . Classmates yg ak sgt rindu bila dah balik terengganu . . Shuk , Jihah , Enon , Nadia , Lisa a.k.a mak and  Zakirah . .
             Sekarang ni tengah tunggu nak sambung degree . .Cepat je masa berlalu kan .. Tup2 dah nak sambung degree . . Lepas tu sambung master . . Lepas tu sambung PhD . .Lepas tu cari keje , beli rumah , beli kereta . . Pastu teruskan hidup dengan impian . . . Hahahaha. . . . That's life . . Living or dying . . Err . .Asal tetiba pulak cakap pasal dying ni?? Apa2 je la . . .Emm. . . Puasa tahun ni ak mengaharapkan akan jadi lebih baik dari sebelum ni . . . better and more better . .
              One more thing , nak tau tak?? nak la. . nak la . .  Tak nak tau pun nak bagi tau jugak , impian ak yang ak nak capai sangat2 adalah mendaki gunung kinabalu . . Tak berjaya sampai kat puncak pun x pe la . . Separuh pun jadi . . Kalau suku . . errr . . boleh la . . x leh gunung kinabalu , gunung mana2 je la . .gunung tahan ke , gunung x tahan ke . . x kisah . .asalkan gunung ,bukan bukit . .setakat bukit ,kat rumah aku pun ada . . ahakkss. . . Hehehe.... ok la . . Setakat ni je dulu . .Later later la ye sambung . . Oh My English . . :)