Assalamualaikum...
Alhamdulillah...hari ahad bertarikh 11 May 2014 telah selesai satu program yang agak besar iaitu projek keusahawanan sosial yang bertempat di rumah anak yatim Damai Kuang, Rawang..first time melakukan kerja amal cam tu memang buat aku rasa awesome sangat...hehehe..kumpulan kami ada 8 orang ahli yang semuanya perempuan..semua bangsa ada..melayu, cina, india..sarawak pun ada..hehehe..[erk..sarawak tu kira bangsa jugak ea??abaikan..hahaha..] pesediaan untuk laksanakan projek tu, of course la shopping..shopping hadiah untuk budak-budak kat sana..then, buat banner..hand-make punya banner..
|
tadaaaa....hasil kerjasama kami semua..cantik kan???hehehe.. |
so, pepagi lagi kami bertolak ke rawang..program tu kami plan bermula jam 9 pagi..tapi bila sampai sana, keadaan menjadi kelam kabut sedikit..tapi, Alhamdulillah..Allah memudahkan urusan kami..aktiviti dimulakan lebih kurang jam 9.30 pagi..walaupun tak ramai sangat students yang join, tapi dah cukup untuk memeriahkan program ni...campur tolak bahagi darab, semuanya lebih kurang 33 orang..
|
sesi menggantung banner yang comel ni..hehehe..x dapat gantung, kami salotep je banner ni kat depan tu..hahaha..this is what we call creative thinking.. |
|
tadaaaa..dah siap "gantung".... |
then, kami memulakan program ni..di awal program agak lost control sebab budak-budak ni teramat la aktif..sampai dah tak tahu cam mana nak suruh diorang duduk diam-diam..tapi, dah nama pun budak-budak..normal la tu..
|
akhirnya ini je cara nak buat diorang dengar cakap..walaupun ni x de lam tentatif.. |
lepas semua dah nampak boleh dengar cakap, kami memulakan aktiviti pertama iaitu senam ceria..
|
get ready guys...nak senam ceria dah ni..lagu yang kami pasangkan ialah, tarian tommy or something like that la tajuknya.. |
lepas dah senam ceria, it's time to divide into group..aku jadi fasi untuk group itik..don't laugh..because it's not funny..ok..good if you don't laugh..hehehe...cheers group kami ialah "it's ok, it's alright, come on itik, quekk..quekk..quekk..." comel kan..hehhe..lepas dah berkenalan dan buat cheers, next aktiviti ialah radio rosak..confirm la game ni sangat common..tapi, yang ni special sikit..hehehe..we use simpulan bahasa and guna gerak badan untuk pass simpulan bahasa tu..
|
ok..bias sikit kat sini..sebab ini group aku..hehehe... |
seterusnya sedikit perkongsian daripada akak fasi fatimah a.k.a kak long kawasan..hehehe...abang long kawasan masih belum ditemui lagi..akan datang kot..hahaha...selepas perkongsian daripada kak long, aktiviti sesuci kasih bersama..cewahhh...klasik gitu nama setiap aktiviti kami..kalau dah yang bagi nama ni orang yang agak veteran, memang keluarlah segala nama puitis dan klasik ni..opsss...errr...jangan marah ye abang chik..take this as a compliment ok..hehehe...
|
inilah aktiviti sesuci kasih bersama..dengan kata lainnya ialah mural..semua budak-budak kena cop tapak tangan masing-masing kat kain rentang ni..blue for boys and green for girls..untuk fasi-fasi pulak, separuh biru separuh hijau.. |
lepas semua dah selesai bagi cop mohor kat atas banner tu, semua berkumpul balik ikut group..disebabkan masa banyak lagi, so, tambah satu game..
|
game apa ntah nama dia...yang pasti nyanyi-nyanyi..ada kuih tradisional, ada western food, ada kenderaan..game ni sepenuhnya di handle oleh abang chik.. |
then, kami proceed dengan game tambahan lagi iaitu....OMG..aku lupa apa nama aktiviti ni..but for sure, kami akan tunjukkan "gambar' seorang pemimpin hebat yang kami letakkan lam satu kotak..and diorng kena tulis ciri-ciri pemimpin yang ada lam kotak tu..
lepas dah tinggalkan rumah anak yatim tu, kami singgah kenduri kawin junior abang chik..dah lama aku tak pergi kenduri kawin pakai macam tu..hehehe..dah la baju semua sedondon...
|
bergambar dengan penganti dulu sebelum makan.. |
lepas dah makan, kami pun balik la rumah abang chik..tumpang solat kat sana..tapi, sempat bersalam dengan pengantin dulu..bak kata fatin, ambil berkat..kot2 jodoh cepat sampai..hahaha...yang tu lawak..
selesai sudah program keusahawanan sosial kami..sangan fun walaupun penat..tapi melihat kegembiraan di wajah budak-budak tu buat semua rasa penat ni hilang..so sweet....hehehe...
credit to: terima kasih kepada abang chik and kak chik yang sudi membantu menjayakan aktiviti kami ni..jutaan terima kasih diucapkan..dan juga kepada sahabat seperjuangan; fatin, kak long, irene, joanne, puspa, dila, and liew kerana bagi kerjasama yang cukup baik bagi menjayakan aktiviti sosal ni.. peace yoo.. :D