Monday, December 2, 2013

ujian kenaikan bengkung...

Assalamualaikum..

                  lambat update blog kerana terlalu busy dengan assignment yang main aci kejar dengan deadline..and semua assignment yang nak kena hantar minggu ni dah siap..alhamdulillah..senang hati nak update blog..hehehe..update kali ni pasal ujian kenaikan bengkung silat aku..dari bengkung hitam kosong ke awan putih..tapi tak tahu la lepas ke tak ujian aku ari sabtu ari tu..harap-harap lepas la..hehehe..ujian tu berlangsung pada hari sabtu ari tu bersamaan 30/11/2013.. cewahh..siap kasi tarikh lagi tu..pagi tu nampak cuaca cam panas..tapi masa nak mula buat ujian tu tetiba pulak hujan rintik-rintik..ingatkan hujan tak lebat la..tapi...hampeh..hujan nikmat tu..so, kami semua bersilatlah dalam keadaan hujan..agak lebat jugak la..tanah pun dh lembik and air dah mula nak bertakung kat padang tu..redha je la..buat-buat tak tahu hujan dah turun dengan agak lebat..hahaha..
                    sebelum ujian amali, kami KOI dan KOII ada ujian bertulis..satu jam je..lepas dapat kertas, cari tempat masing-masing nak jawab ujian..tapi kami berkumpul satu tempat..hahaha..dah tak hirau arahan jangan meniru..memang main bincang je..mana-mana cikgu yang lalu selain cikgu Lan, cikgu Faiezal dan cikgu Man, semua kami grab tanya soalan..hahaha...dah habis ujian bertulis, kami diberi masa untuk makan..lepas makan baru masuk gelanggang..
  
ni sewaktu bukak gelanggang di gelanggang Tok jenai..diketuai oleh cikgu handsome kami iaitu cikgu Faiezal...yang dibulatkan tu adalah aku..hahaha..


sedang warm up sebelum mula ujian..
                    bila dah buka gelanggang, semua get ready la nak kena uji..ada dua orang penguji yang datang dari Melaka iaitu presiden PSSGM, Dato' Ismail bin Jantan sendiri yang uji kami beserta anaknya. tapi aku yang KOI ni diuji oleh anak Dato' Ismail.. KOII yang diuji oleh Dato' Ismail sendiri..dan mereka yang amik ujian kenaikan bengkung yang lebih tinggi pun diuji oleh Dato' Ismail sendiri.. sementara menunggu untuk diuji, berlatih dulu..perkemaskan mana yang tak kemas..ingat balik semua step yang diajar oleh cikgu Lan..so, tibalah masanya kami iaitu budak-budak KOI untuk diuji..aku termasuk group yang kedua kena uji..no kat baju aku ialah nombor 9..bila dah kat depan penguji, agak berdebar..tapi cuba me'relax'kan diri..ahakkkss..kami berempat diminta buat asas gerakan 4 dan 7.. agak simple..tapi bab asas elakan,aku memang confuse betul arahan dia..last-last aku salah buat..lain yang dia suruh,lain yang aku buat..tapi not bad la..hahaha..
                     lepas dah buat asas elakan tu semua,kami diminta buat gulingan..just imaging kami buat gulingan dalam keadaan hujan and padang tu dah basah giler ngan air hujan..memang lencun baju silat yang memang tebal tu..kotor tak payah cakap la..memang comot habis from head to toe..gulingan yang kami kena buat 7 ke depan, 5 ke belakang..aku buat ke depan je..tu pun aku tak tahu berapa yang aku buat..tak kira pun..tapi gulingan ke belakang memang aku surrender awal-awal..aku tak berani nak buat..sebab aku tak pernah berlatih pun..karang ada yang patah tengkuk..sape nak jawab??hahaha..the end la ujian kami..tapi rupa-rupanya ada lagi iaitu gulingan anak kambing..perghh..aku ni memang fail ujian gulingan anak kambing ni..dah la penguji tu mintak lelaki yang jadi ank kambing..first aku buat, agak senget dan menyebabkan bahu kiri aku injured..lepas tu kami diberi peluang untuk buat kali kedua dengan anak kambing dari kalangan perempuan..tu pun hasil pujukan cikgu Lan kepada penguji tu..kali kedua gulingan aku lebih baik..tak senget..tapi makin sakit dowh bahu kiri aku..kami semua memang lencun..tak payah cakap la macam mana tahap lencun dan comotnya kami ni..hahaha...dah macam baru balik dari bendang je..

ni adalah ujian budak-budak KOII yang nak naik ke bengkung hijau rasanya..dan masa ni hujan tengah lebat..kalau tengok betul-betul gambar ni,boleh nampak hujan tengah lebat..

ni majlis tutup gelanggang..diketuai oleh cikgu Faiezal jugak...semuanya dah comot...hahaha
lepas dah tutup gelanggang,semua dah sakan bergambar..aku pulak tak de mood nak bergambar dalam keadaan injured..susah nak posing bila dah injured ni..nasib baik cikgu Lan kasi minyak angin..bila dah sapu minyak angin kat bahu,rasa cam lega sikit..so, aku tengok je orang lain yang memang sakan bergambar..

yang ni cikgu Jeng..dia ni agak masalah sikit dengan aku..hahaha..tiba-tiba je nak suruh orang amik gambar dia ngan aku..tu semua adalah gaya yang dibuat-buat..hahaha..

yang kat tengah-tengah tu adalah cikgu Lan yang ajar kelas kami setiap hari sabtu..sangat baik dan tak garang..care dengan anak-anak murid dia..orang yang pertama perasan aku injured..hehehe..yang sebelah kiri cg Lan tu Suli dan sebelah kanan cg Lan ialah cik Nab kami..hehehe...

yang ni lagi satu gaya poyo cikgu Jeng..memang tak leh blah betul cara dia posing..hahaha..

yang ni memang nak tergelak aku yang duk kat tepi tengok diorang bergambar..cikgu Jeng konon-kononnya tengah kaji daun la tu..bak kata orang candid..hahaha..candid la sangat..yang kat sebelah cikgu Jeng tu Nuzul..kami berempat classmates..hehehe...

ni gambar semua anak-anak Gayong beserta cikgu-cikgu kami iaitu cikgu Man, cikgu Faiezal, dan cikgu Lan..cikgu Jeng tukang amik gamabr..dia tak nak msuk gambar ni..yang bulat merah tu aku..hehehe..kat belakang aku tu ialah Dato' Ismail beserta anaknya..budak-budak kat depan tu pun amik ujian silat jugak..
 The End la ujian silat kami..hehehe...walaupun lencun dan kotor dengan tanah selut,tapi seronok..sempoi..dapat kenal ramai lagi anak-anak gayong.. dan aku pun dah jadi anak gayong..and I'M PROUD TO BE GAYONG-ian..hehehe..betul ke eja macam tu..hahaha..lantak la..janji faham..

No comments:

Post a Comment