Wednesday, October 30, 2013

Show gamelan di UM..

                        Semalam miss colleen bawak kami iaitu budak-budak gamelan kelas dia pergi UM untuk tengok show gamelan..ingatkan biasa-biasa je..tapi bila dah pergi, perghhh..hebat siot..hahahaha...lam nak dekat kul 6 la kitorang baru bertolak..sekali ngan budak-budak fakulti muzik and yang amik major minor muzik..tiga buah bas bertolak ke UM..kitorang berhenti makan kat mana entah..aku bukannya kenal jalan sangat..masa tu dah kul 6.30 lebih..lepas tu kul 7.15 betolak balik pergi UM..aku wonder kenapa tak bertolak after maghrib je..kan senang.dah siap solat,baru tenang nak teruskan perjalanan..aku lagi hairan bila tak de sape-sape yang berbunyi mintak berhenti solat kejap..memang diorang ni tak rasa bersalah ke tak solat maghrib..aku hairan betul dengan manusia zaman sekarang..pikir nak enjoy tengok show je..solat entah ke mana..sampai kat UM lam kul 7.55..semua student berpusu-pusu masuk ke dalam dewan..and tak de sape pun yang bergerak cari surau nak solat maghrib..mungkin ada,tapi sikit sangat kot sebab aku tak nampak pulak ada orang yang bergerak keluar dewan cari surau..yang ada pun sorang lelaki..tu pun aku dengar dia jawab soalan kawan dia bila kawan dia tanya dia dari mana..dia pun jawab,pergi solat..rasa berdosa pulak tak solat..yang aku pelik bin hairan nye,kawan dia boleh je kata owh..ok..bagus3..tu je jawapan nye??aku ingatkan nak cakap "asal tak ajak aku sekali??" manusia zaman sekarang kan..dah tak kisah dengan semua tu..
                          aku ingatkan diorang semua ni  nak solat jamak takhir..tapi bila on the way balik,bas tu tak berhenti kat mana2 pun untuk solat..so,conclusion yang aku boleh buat adalah diorang semua tak solat maghrib..tak tahu la diorang tu qada' ke tidak solat maghrib tu..budak-budak fakulti muzik la katakan..pakaian pun seksi2..seksa aku tengok..berhenti makan pun,makan sekali ngan lecturer lelaki..ye la..lecturer pulak handsome..student tu pulak tak adalah cantik mana pun..kalau dah gelak macam pontianak..kalah pontianak..pontianak dengar pun takut..maghrib2 pun gelak tak reti nak control..kalau aku jadi lelaki la,cantik macam mana pun perempuan tu,kalau dah gelak macam tu,pakai macam tu,memang aku tak pandang..sebelah mata pun tak..menyampah pulak bila tengok diorang..
                         okey..dah3..penat aku nak membebel pasal diorang tu..buat hilang mood aku nak cerita pasal gamelan ni..bila show tu dah start,persembahan pertama dari kumpulan kayu gangsa..rupa-rupanya,semua ahli kumpulan tu adalah mat salleh..fuyooo...hebat tu..mat salleh main gamelan..memang hebat la performance diorang..terpegun aku tengok..aku main gamelan pun tersekat-sekat..asyik salah not je..stress pulak aku main benda alah tu..persembahan diorang memang the best..next performance dari UM gamelan..diiringi dengan tarian..yang paling aku suka bila diorang main lagu tindih topeng..memang scary tarian dia..sebab penari tu pakai topeng..and rupa topeng tu menakutkan..lagu dia memang super laju kat bahagian korus tu..memang terpegun tengok pemain-pemain gamelan tu ketuk diorang punya alat muzik..yang paling terpegun tengok pemain baron tu..memang laju giler dia ketuk baron tu..dah la jarak baron tu jauh jugak la antara satu sama lain..tapi memang best performance tu..last punya performance dari kayu gangsa lagi..kali ni diorang gabungkan muzik barat dengan muzik tradisional melayu..memang indah and cantik betul bunyi dia..semua orang memang terpegung dengan persembahan diorang..
                          haaahh..satu lagi yang buat aku suka pergi tengok show tu adalah aku jumpa dengan sorang mamat handsome..hahaha..eh eh..aku tak megorat ok..usha2 je..muka dia macam sharnaz..kalau la dia kurus sikit memang sebiji cam sharnaz..dengan jambang dia..memang sama la..dia duk kat barisan belakang kerusi aku..hehehe..mula-mula je usha..lama-lama dah sibuk tengok performance kat atas pentas tu..dia tak gemuk,cuma chubby..handsome..hahaha..sebelum tu dah nampak dia dekat foyer fakulti muzik before pergi UM tu...masa tu dah perasan dah muka dia cam sharnaz..tapi buat tak tahu je la..kot2 salah tengok....bila tengok dekat-dekat,memang sama la..hehehe..
                         itu saja hasil lawatan aku ke UM..hahaha..memang best tengok show tu..and aku tak tau la aku boleh sampai ke tahap tu main gamelan..hahaha..memang tak mahir mcam tu la rasanya..sikit-sikit tu boleh la..hahaha..okey la..sampai sini je dulu story aku..next time pulak aku story2.. :)

Monday, October 28, 2013

Stress... :(

                        Adat belajar memang stress..tapi tak tahu kenapa sampai sekarang tak boleh nak adapt dengan situasi macam ni..assignment banyak lagi tak siap..banyak benda lagi yang nak kena baca untuk mid-term test..adui laa..sir nuzsep suruh kami bermimpi..tapi walau pun puas aku bermimpi,mimpi tu susah untuk menjadi kenyataan..hari ni baru aku rasa sangat stress..dengan esok ada test gamelan and aku tak pratice lagi..kalau tak nak kena marah, i've to practice..ari tu dah kena marah sebab x boleh main gambang tu..aku tak nak kena marah pulak esok..and aku kena pandai main semua alat muzik tu..kalau tak nak fail test esok..so,esok i've to work hard khatamkan belajr main semua alat muzik tu..kena jugak..by hook or by crook..too much things that i have to think..to much until i'm start getting tired with all those things..sometimes,it make me annoying..and like this time,it makes me stress.. :(

Saturday, October 26, 2013

Sakit Hati!!

                      Sakit hati dengan apa yang berlaku hari ni..apa yang berlaku hari ni?? hari ni aku pergi utnuk penyerahan borang ptptn...aku pergi kat pusat pelajar tu kul 9 pagi..sampai sana orang dah ramai giler..memang giler ramai la..sampai beratur ke luar bilik menunggu tu..tapi last-last kami disuruh balik sebab tak sempat nak proses borang semua yang hadir..memang la tak sempat kalau buat kerja slow..sampai ada yang dah siap submit borang tu cakap akak yang jaga kat kaunter tu siap borak-borak lagi dengan dia..uisshh..memang sakit hati kita yang mendengar ni..buat je la keje..tak payah la nak borak-borak..dah tau ramai yang menunggu giliran,buat kerja dengan pantas la..tu satu hal..satu hal lagi tempat dia buat submit borang ptptn tu pulak punya la 'dekat' dengan kolej kitorang..dah la jauh nak jalan..x de tempat makan pulak kat situ..pastu senang-senang diorang suruh kitorang pergi makan dulu sebab lambat lagi..amboi..ingat kafe dekat ke??jalan nak gi kafe pun dah 20 minit..dalam panas terik pulak tu..kalau nak jalan dalam keadaan salji turun aku tak kisah lagi la..
                       tak pasal-pasal aku terpaksa ponteng program esok sebab nak pergi serahkan borang ptptn kepada mereka-mereka yang berkenaan..sakit hati betul..dah la aku dah bayar untuk program esok..dpt sijil pulak tu..dapat mata mycat lgi..memang rugi giler la aku tak hadir esok..ishhh..menyusahkan betul la..kalau ikutkan hati malas aku nak pinjam ptptn ni..tengok la esok macam mana..kalau x sempat jugak,memang aku tak serahkan la borang tu..isnin dah ada kelas full..bila masa aku nak pergi..nak poteng kelas pulak..memang tidak la..hari ni memang menyakitkan hati betul..balik-balik je kat kolej,makanan dah abis kat kafe..memang la bagus..dari pagi tak makan,pastu lauk pulak dah habis..26/10 lebih teruk dari peristiwa 10/10.. haishh..malas nak cerita lagi..buat sakit hati..