Saturday, October 26, 2013

Sakit Hati!!

                      Sakit hati dengan apa yang berlaku hari ni..apa yang berlaku hari ni?? hari ni aku pergi utnuk penyerahan borang ptptn...aku pergi kat pusat pelajar tu kul 9 pagi..sampai sana orang dah ramai giler..memang giler ramai la..sampai beratur ke luar bilik menunggu tu..tapi last-last kami disuruh balik sebab tak sempat nak proses borang semua yang hadir..memang la tak sempat kalau buat kerja slow..sampai ada yang dah siap submit borang tu cakap akak yang jaga kat kaunter tu siap borak-borak lagi dengan dia..uisshh..memang sakit hati kita yang mendengar ni..buat je la keje..tak payah la nak borak-borak..dah tau ramai yang menunggu giliran,buat kerja dengan pantas la..tu satu hal..satu hal lagi tempat dia buat submit borang ptptn tu pulak punya la 'dekat' dengan kolej kitorang..dah la jauh nak jalan..x de tempat makan pulak kat situ..pastu senang-senang diorang suruh kitorang pergi makan dulu sebab lambat lagi..amboi..ingat kafe dekat ke??jalan nak gi kafe pun dah 20 minit..dalam panas terik pulak tu..kalau nak jalan dalam keadaan salji turun aku tak kisah lagi la..
                       tak pasal-pasal aku terpaksa ponteng program esok sebab nak pergi serahkan borang ptptn kepada mereka-mereka yang berkenaan..sakit hati betul..dah la aku dah bayar untuk program esok..dpt sijil pulak tu..dapat mata mycat lgi..memang rugi giler la aku tak hadir esok..ishhh..menyusahkan betul la..kalau ikutkan hati malas aku nak pinjam ptptn ni..tengok la esok macam mana..kalau x sempat jugak,memang aku tak serahkan la borang tu..isnin dah ada kelas full..bila masa aku nak pergi..nak poteng kelas pulak..memang tidak la..hari ni memang menyakitkan hati betul..balik-balik je kat kolej,makanan dah abis kat kafe..memang la bagus..dari pagi tak makan,pastu lauk pulak dah habis..26/10 lebih teruk dari peristiwa 10/10.. haishh..malas nak cerita lagi..buat sakit hati..

No comments:

Post a Comment