Monday, September 23, 2013

Kem SUPER... :)

            Assalamualaikum...
            Tahniah dan takziah kerana terpilih menjadi rakan exco latihan dan pembangunan sahsiah..begitulah bunyi mesej yang aku dapat..cewahh..skemanya ayat aku..hahaha..pa pe pun memang bersyukur sebab dapat jadi rakan exco or singkatannya adalah REXCO..ahli baru yg dipilih hanya 5 perempuan and 5 lelaki..tapi lelaki dah tinggal 2..sebab 3 org dah tarik diri..apa daa..pergi interview,tpi bila dah dapat tarik diri pulak..tak pasal-pasal kak balqis ngan abang fidauddin kena cari orang lain..biro kamilah paling sikit ahli..hehehe..semua orang tengok pelik..hahaha..jumlah rexco yang sikit tak bermakna kami lemah..hehehe..betul tak?? hari jumaat,sabtu ngan ahad ari tu ada kem pemantapan untuk rexco iaitu kami lah..ahakkss..bermula lah kisah yang agak tragis dan sengsara dalam hidup aku or mungkin dalam hidup kami sebagai rexco..
             Hari pertama..pendaftaran pukul 6 kat dewan KHAR..pastu solat maghrib ngan isyak berjemaah kat dewan tu..lepas tu kami diberitahu yang kami hanya akan buat kem tu kat dewan tu je..tak keluar pergi mana-mana pun..sebenarnya aku dah tahu awal pasal benda tu..kawan aku rexco untuk biro sukan.macam mana dia boleh tahu??sebab kem commander kitorang exco sukan..so,mesti lah dia bagi tahu budak-budak biro dia..lepas tu,malam ada program pecahkan ais..hahaha..macam biasa..kumpulan dibentuk..kumpulan aku namanya Leftenan Md.Ali...consist of 3 male and 13 female..malam pertama kem tu,kitorang tidur pukul 2 lebih..2 pagi lah..tak kan 2 petang kot..ahakkss...punya la lambat..lepas tu bangun pukul 4.30 pagi..nak mandi punya la lama..kena beratur..sebab kat dewan tu ada tandas je..sorang-sorang pulak mandi macam mandi kat bilik air kat rumah pulak..punya la lama..last-last ,aku tak mandi..hahaha..gosok gigi,cuci muka pastu ambik wudhuk..solat subuh berjemaah kat masjid..lantak la..akak fasi cakap biasalah kalau tak mandi bila pergi kem..
              Hari kedua..lepas solat subuh kat masjid,kitorang diarahkan oleh kem comm untuk berkumpul depan masjid..buat warm up kat situ..main katak..ehh..main permainan katak okey..x de maknanya nak main katak hidup tu..kalau kena main ngan katak hidup tu,memang aku quit je..kem comm kitorang namanya sazwan..tapi kami panggil dia abang zuan je..punya lah garang..bak kata abang aqmal a.k.a abang kasim , abang zuan tu tak garang pun..hahaha..cuma terpaksa menjadi garang..ye la..nama lagi kem comm...hahaha...lepas warm up,terpaksa jogging ke tasik..itu semua idea senget abang sulaiman..err..abang sulaiman tu nama dia tau..nama full dia abang sulaiman bin abang apa ntah..hahaha..lupa..so,kitorng terpaksa la jogging ke tasik..bapak giler jauh..huh..penat dowh..lepas balik jogging,ada program kat dewan..explorace memang wajib ada..sampai petang..lepas isyak,program bersama felo..so,berchenta la dengar ceramah..badan aku memang sakit habis..lepas habis program ngan felo,abang aqmal punya slot pulak..slot awak pasti boleh..biasalah..slot untuk semua sedar diri pasal pencapaian masing-masing..dah membalas jasa mak ayah ke belum..ramai gak la budak-budak yang leleh..tapi,boleh pulak aku tertidur kejap..dah abang aqmal suruh tutup mata..memang tertidur la aku..aku memang dah mengantuk..ahaakkkss..teruk betul..bukan tak touching..tapi dah biasa fikir benda-benda macam tu..so,dah malas nak fikir lagi sekali..
               slot tu habis kul 12 malam..lepas tu ada aktiviti lagi rupanya..iaitu night walk..waduh-waduh..memang tak kasi kitorng tidur la ni..lepas taklimat pasal keselamatan,kitorng pun mulalah perjalanan malam kami..aku join kejap je..hahaha...saja nak mengelat..hahaha..choi..mana ada..aku sakit betul-betul la..sakit perut..aku ni bukannya boleh berdiri statik lama-lama..kalau jalan tu tak pe..kalau berdiri statik ni , mulalah pedih perut..so,ak tarik diri..lepas kak shuwai iaitu fasi untuk bimbing kump kami bagi ubat,ada akak yang lain datang ambik aku ngan kereta..pergi kat tempat orang sakit..selain kak shuwai abg nizam pun fasi untuk group kami..bila sampai kat tempat org sakit tu,baru lah boleh bukak penutup mata..punyalah tak nak aku tahu aktiviti tu kat mana..bila dah smpai situ,apa lagi..tidur lah..mata dah mengantuk..pukul 2.50 abang fizsi kejut kitorng semua..dia suruh kitorng jalan pergi kat blok 4..memang mendera..kitorng tengah mamai- mamai , boleh dia suruh kitorng jalan sendiri..nasib tak jatuh longkang..aku jalan pun dah macam orang mabuk..lepas smpai kat blok 4,aku tengok ramai betul yang baring kat tengah jalan,kat depan blok..atas rumput pun ada..rupa-rupanya tu salah satu tugasan budak-budak yang kena night walk tu..kitorang hanya mampu melihat..hahaha..jahat kan?? aku tahan je nak gelak tengok diorang semua kena bohong ngan akak-akak and abang-abang fasi..kalau aku tak tahan mau kena dengan abang razi..dia dah siap cakap "ooo..sedap la korang rehat je ye..nanti korang pulak yang kena.." ishhh..memang tak la aku nak buat semua tu..tapi, kesian ngan budak-budak group aku..sebab aku sakit diorang kena simbah ngan air..memang lah semua orang kena simbah jugak..tapi diorng kena simbah sebab x ambik aku masuk group balik..abang-abang and akak-akak fasi cuba buat diorng fikir aku dah kena rampas dari kumpulan kitorng..kira macam denda abaikan kawan la ni..tapi,diorang memang caring giler..lepas dah tamat night walk tu,semua orang tanya aku ok ke tak..memang terharu la..i'm touched..hahaha..lepas dah kena bebel ngan abang and akak fasi,kitorang dibenarkan pergi masjid..mandi and tidur kat situ..tapi mcam tak ada guna gak..kul 4pagi  bru smpai masjid..tunggu nak mandi,last-last kul 5 pagi baru aku tidur..kul 6 pagi bangun solat subuh..lps solat tunggu tok imam berzikir dulu..masa tu aku memang dah nak tumbang..aku pun angkat kaki pergi tidur kat belakang..maaf la ye tok imam..dah tak tahan ngantuk...sedar-sedar kul 8 lebih..tu pun ngantuk lagi..tapi kena siap-siap jugak pergi dewan..ada aktiviti lagi..
              sampai kat dewan kena bebel ngan ketua kump..sebab lewat..hahaha..setiap kali kumpul ketua kena bagi report ke penghulu..lepas tu penghulu kena report kat kem comm..alaa..memang macam askar habis kem kitorang ni..gambar kat banner pun gambar askar..memang tahap askar la kem comm kitorng..ada ke patut dia bagi arahan klau dia cakap "boom" , kitorng kena meniarap macam askar tu.. kalau dia cakap "boom boom" , kitorng kena duduk mencangkung macam pendatang asing kena tahan ngan polis imegresen..aduii laa..memang yang tu paling aku tak suka..bila abang zuan tanya ada yang sakit ke tak,ak akan jawab slow-slow yang aku sakit hati dengan dia..hahaha..lepas tu dia cakap "kalau sakit hati dengan abang zuan,tak payah cakap la.." hahahaha.. macam tau je apa yang aku cakap...ahakkss..tapi,dia okey je..sempoi..kalau nak buat geng gila-gila tu memang boleh la..pagi tu jugak kitorng disuruh baring lam dewan tu oleh abg zuan..memang saja je..tapi tgh baring tu fasi bagi makanan..tpi baring tu yang ak tak dapat terima..ada yang dah lena..aku memang tak boleh lena kot..baring tengah2 dewan..memang tak la..hari ketiga kitorng kna buat persembahan..kump ak kena buat dikir barat..hahaha..rancang punya baik..tapi,bila dah naik atas pentas,jadi kucar kacir..bdk lelaki bawak naik kompang tapi tak main..last-last abang zuan tolong mainkan..terbaik la..ak yang pegang alat muzik kat belakang ikut rentak abg zuan..dia cakap lirik kitorng kena dengan tajuk..dia pun suka..cuma suara budak2 yg duduk kat belakang tak kuat sangat..tapi,kira okey la..abang atik yag merupakan pengarah program pun suka ngan lirik lagu kitorng..hehehe..lps isyak majlis penutup..kami rexco ni la yang terpaksa mengatur perjalanan majlis dibantu dan dipantau oleh exco-exco yang lain..kira macam nak didik kami untuk uruskan sesuatu majlis..aku duk kat bahagian teknikal..under kak ain ngan abang aqmal..so,sekarang ni ak dah tau la sikit2 pasal sound system and segalai bagai yang org teknikal pakai untuk majlis..selain majlis penutup,majlis tu majlis bacaan ikrar kami sbg rexco..lps majlis tu habis,kemas dewan..lepas tu,ada postmortem..first time kot buat postmortem..tapi itu yang kami kena lalui untuk hari-hari seterusnya sebagai rexco..kul 1 jugak la balik rumah..memang x fikir apa dah masa tu..nak tidur je..
                 tapi seriously, melalui kem ni and bila dah jadi rexco ni,aku mula kenal betul ngan akak-akak and abang-abang exco untuk KHAR...dah mula rapat dengan diorang..kiranya best la...hehehe...kat kem ni aku belajar macam2 energizer..yang aku suka lagu orng bilang..ada stu tarian yg melibatkan tangan je untuk express kan lirik lagu tu..yang tu aku paling suka..abang aqmal pulak memang suka pasang lagu tu..hahaha..so, 3 hari kem super dijalankan bagi aku seribu erti..ahakkss..best walaupun x cukup tidur..tapi mengeratkan silaturrahim..nak-nak orang peramah macam aku ni,mudah lah buat kawan..hahaha..perasan je..okey lah..sampai sini je story aku..lain kali story2 lagi..hehehe..
Assalamualaikum... :)

No comments:

Post a Comment