Saturday, April 12, 2014

Officially 20 years-old now.. :D

Assalamualaikum...

Pada tarikh 4 April 2014 iaitu pada hari Jumaat, aku dah officially 20 years old..waahhhh...dah msuk dalam kategori puluhan dah...hahaha...but still muda lagi ok..anyway, HAPPY BIRTHDAY!!!


the most fun tentang birthday aku kali ni ialah semua org dlm kelas social pada hari jumaat tu nyanyikan lagu happy birtday untuk aku..waaaa...I'm touched.. sekali ngan sir Mujeeb nyanyikan birthday song..malu I..femes pulak tetibe..huahuahua... 


I do really like this video... hehehehe..so, lepas jumaat tu, aku pun bergerak ke KL..pergi rumah mak saudara aku..perghh..skema giler aku mengeja..hahaha...abaikan..maka berangkatlah aku seorang diri ke KL..cewahh..puitis gitu ayat aku.. rasa macam nak bagi penampar kan??hahaha...sepatutnya dah rancang nak mintak tlg abang Is ambik kat KTM segambut..tapi dia pulak ada sudden urgent business...so, aku cuba menenangkan diri untuk pergi KL sorang2..walaupun dalam hati aku ni dah macam gambar kat bawah ni..

erk..bukan la tetibe aku berubah jadi pikachu walaupun nama aku pun pika..tapi reaksi aku mcm reaksi pikachu ni..
so, aku kuatkan hati..cewahh..curlass ayat aku ni..then, my aunt call..she said she will pick me up at Putra Station..then, I was like... huhhh..so relieve..sampai je kat rumah mak sdare aku tu, she said happy birthday and I got a present..guess what.. I got teddy bear walaupun dah besar panjang kan..ada aku kesah..
muka teddy bear aku tak la sedih macam ni..tapi ada love la kat tgh2 tu..
muka teddy bear aku lebih kurang macam ni..comel je..ahakkksss..jangan jeles ok..

keesokkan malam, mak sedare aku yang lagi sorang bawak aku jalan2 kat giant depan rumah..giant je??eh eh..aku tak de la cakap macam tu..hahaha...then dia cakap mak alang belanja satu barang..and that time I was like, REALLY???

reaksi kat luar biasa2 je...
tapi kat dalam dah macam... tak tahu macam mana nak describe...

dalam hati dah berguling-guling macam ni..hahaha...
so, ak end up dekat bahagian baju..and she choose me a shirt..no no no..bukan shirt..tapi kemeja..after cuba 2 helai kemeja, aku pilih satu sebab kemeja lagi satu tu besar baq hang..dah x de saiz yang kecik..so, aku ambik satu je..then, aku cakap kat mak cik aku, aku ambik yang kain cotton tu je la..sebab yang tu kena dengan saiz aku..tapi sebebnarnya dalam hati, aku excited terlebih ada orang belikan baju selain daripada parents aku..hahahaha..

macam ni la gaya dalam hati aku..macam mintak penampar kan??hahaha...
lepas dah pilih, aku pun baru tengok harga baju tu..mak aiii..mahal nye..

kat dalam hati, reaksi aku dah macam ni..tapi kat luar, buat biasa2 je..hahaha..
baju biasa2 je aku tengok..kain pun tak tebal sangat..memang la tak sampai 100 harga baju tu..in fact tak sampai pun 50..tapi bagi aku rm45.90 tu dah mahal kot..baju tu biasa2 je..ok..done shopping..

aku tinggal kat rumah mak sedare aku tu just for 3 days..tapi, sumpah..bosan giler..aku duk sorang2 je lam rumah tu sebab semua orang kerja..so ak end up tengok tv and online..tak lupa juga main game..bila aku dah boring dengan semua tu, aku end up jadi macam gambar kat bawah ni...

nampak tak betapa aku boring duk kat umah tu...
then,hari selasa tu, mak alang hantar aku balik UPSI..sesampai di kampus upsi, kerja2 menunggu aku kat bilik..tapi sebenarnya bila dah duduk sorang2 dalam bilik ni or ayat yang lebih tepat ialah sorang2 lam rumah ni, boring jugak..tak buat kerja pun..tak tahu la kenapa..tapi bila mengadap laptop nak buat assignment, aku selalu end up dengan sesuatu yang tak sepatutnya aku buat..nak tahu apa??tengok kat bawah ni..

baru mengadap kejap,aku dah menguap nak tidur..walaupun aku ni sebenarnya dah terlebih tidur..
so, sampai sekarang kerja aku tak siap2 lagi..aku kena struggle lebih ni untuk siapkan before habis cuti..chaiyok2..macam ni la aku habiskan cuti aku dan sambut anjakan umur aku..hahaha...





Tuesday, March 18, 2014

Character Building Camp...

Assalamualaikum..

                        aku baru saja selesai daripada kem character building yang berlangsung pada hari jumaat, sabtu, dan ahad..first of all, pergi untuk berseronok..tapi, tak sangka keseronokan yang diidam-idamkan tak menjadi kenyataan..huaaa...hahahaha...hari jumaat jam 3 petang, kami berkumpul di bitarasiswa kampus lama..agak lama la menunggu di situ..rasa macam nak balik pun ada..

ini abang Is..duduk dalam kumpulan masing2..lewat btol dia smpai..hahaha..

ini senior2 aku..
maka, menunggu la kami di bitarasiswa tu bukan main lama  lagi..lepas settle semua benda yang AJK nak settle kan, kitorang pun move to the next destination..aku group 1..so,memang group yang awal la bergerak..kitorang kena jalan masuk ke teratak riverview tu..jalan dia punya la jauh baq hang..rasa nak tercabut kaki ni..kumpulan 1 pulak jalan bukan main laju..aku ni dah la x leh jalan laju2..aku tak tahu la berapa jauh perjalanan kami..tapi terasa sangat penat..sampai satu tahap, aku dah nak pengsan..terpaksa buat pit stop..rasanya 1 jam lebih kami berjalan, baru la sampai..bila dah sampai, ketua kumpulan melaporkan bilangan ahli kumpulan masing2 dan dengar taklimat kejap..pastu mula bergerak untuk solat asar dan lepas tu pasang khemah..

proses memasang khemah..tapi,akhirnya kami terpaksa angkat khemah ni ke tempat lain..sebab situ dekat ngan kawasan lelaki..jadi kami pun angkat la khemah tu ke kawasan kami mula2 berkumpul tadi..
yang paling kesian bila cakap pasal khemah ni ialah punyalah susah payah abang Is dan abg Arep tolong kitorang pacakkan besi untuk khemah ni,lastly kena cabut balik sebab nak pindahkan khemah..lepas dah siap pasang khemah, buat aktiviti sendiri..mandi, solat maghrib and makan..part makan ni masalah sikit..makanan tu terhidang depan kami lebih kurang hampir pukul 10 tapi kami dapat makan lebih kurang hampir pukul 11..sebab apa??sebab berlaku krisis antara kami dan pihak fasi..klau nak cerita, nanti panjang berjela pulak..biarlah kami je yang tahu..hehehe..
 
hari kedua iaitu hari sabtu, aktiviti dijalankan seperti biasa..kami dan fasi pun dah mula baik..pagi2 aktiviti fajar murni..kami kena pi jogging dan buat benteng untuk takung air..kami ada aktiviti air dan air pulak cetek..so,terpaksa la buat benteng untuk sekat air tu..masa buat benteng tu, memang habis la baju aku..sebab aku tergelincir dalam air..memang x de nye nak cover2 x nak main air..lepas siap semuanya, kami pun berangkat pulang..cewahhh..ayat bukan main puitis lagi..hahaha..masa nak naik tu,kaki aku boleh cramp pulak..x pasal2 menjadi perhatian..femes I..hahaha...masa tu nampak la kebaikan fasi yang care pasal anak2 buah dia..hahaha..fasi hensem pulak tu..choi..hehehe...for the next 2 activity, aku tak dapat join, iaitu aktiviti LDK dan Obstacle [ macam tu la agaknya nak eja perkataan tu..hehehe..].. lepas tu, aktiviti memasak..

semua tengah sibuk memasak..aku je yang sibuk tengok dan cek nasi2 yang dimasak sama ada dah betul2 masak atau tak..hahaha...
nak dijadikan cerita, pagi tu kaki aku cramp..bila kaki aku dah mula ok, tangan aku pulak injured..yelaa..dah excited sangat nak memasak sampai aku main pegang je segala benda kat unggun api tu..aku pun sesedap oren je pi pegang batu yang baru je dikeluarkan dari unggun api..aku ingat batu tu tak panas, sekali..humppphh...panas siot..melecur tangan aku..dah la tangan kiri aku yang melecur..cam mano den nak buet kojo...boleh tolong diorang bukak tin sardin je la..lepas masak, kitorang makan ramai2..tapi aku tak makan pun..sebab??sebab aku cuma nak balik je..tak sampai satu hari beraktiviti, aku dah sakit..klau 3 hari duk kat situ, entah sakit apa yang akan muncul lagi..msa tu x de sape boleh nak slow talk ngan aku sruh bertahan..memang duk teriak nak balik..sampai abg Is pun speechless..

lepas memasak, ada aktiviti tubing..nasib baik aktiviti ni mampu mengembalikan keceriaan aku kat kem tu..aku punya excited nak main air sampai boleh tersenyum bahagia sepanjang perjalanan ke start point utk tubing tu..hahaha..rasa cam nak buat lagi je aktiviti tubing tu...ada abang fasi yang hensem tu yang jaga..hehehe..choi..tapi, lengan dan kaki aku sakit giler kot lepas aktiviti tu..yelaaa..kalau dah mengayuh pakai tangan..dah la aku fail bab2 nak mengayuh ni..nasib ada abang fasi yang tolong..hehehehe...betul2 lepas kami sampai kat final destination utk aktiviti tubing tu, hujan pun turun..mandi hujan sambil main air..hahaha..lepas tu berjalan balik ke kawasan camp..main2 hujan..ambik2 gambar..masa tu seronok sangat..lepas tu, aktiviti orientering..alaa...main2 kompas tu..kejap je aktiviti tu..kejap tapi berinformasi..cewahh..curlass ayat aku..

malam kedua tu lebih baik daripada malam yang pertama..lebih ceria dan lebih fun..lepas makan, pi basuh sendiri pinggan dan cawan..aku pi balik khemah ambik minyak angin..tangan dah lenguh tahap maksima..pastu terserempak ngan abang Is..sekali kena perli tahap pedass punya la..rasa cam nak benam je abg Is tu dalam air..dia yang mintak nak tengok jari aku yang melecur lepas tu, membebel macam2..haisshhh..sabar je la ngan abg aku sorang ni..keesokkan harinya,sambung lagi 2 aktiviti..aku punya group aktiviti trekking and bantu mula..tak tough sangat la aktiviti tu..so, boleh rilek2 je..trek untuk trekking pun tak jauh..tapi naik bukit..perghhh..rasa cam nak tercabut kaki..time turun pulak rasa cam nak berguling je..lepas tu, tamat sudaaa camp kami..sebelum makan ada sesi bergambar..

semua ahli psych..aku tak de..sebab aku malas..hahaha...

yang ni lepas bergambar semua, Taha iaitu international student yang snap gambar ni..yang baju hijau tu, fasi2 kami..

ni gambar semua lelaki2 psych..x ramai kan..hahaha..x ramai yang join camp ni..ada lagi yang tercicir..
alhamdulillah sebab PP berjaya mendapatkan lori untuk angkut kami semua keluar dari teratak riverview ni..hujan agak lebat jugak..kalau jalan memang lencun la..so, kami menunggu giliran..aku and the geng dan jugak abang2 and kakak2 senior yang malas nak berebut naik lori stay kat situ..kami merupakan trip last..sementara menunggu lori, bergambar la..hahaha...

orang tu dah pandai selfie sekarang ni..hahaha..bak kata Taha yang kat belakang tu, "why your face is big in the picture?" hahaha..aku rasa cam nak gelak guling2 masa dengar Taha cakap cam tu..hahaha...
ni mula2 abg Is belajar selfie..cantik jugak la gambar ni..hahaha...
gambar bersama abg aiman[ kat belakang tu] dan kak wawa..gambar yang ni, photographer yang posing lebih2..hahaha...

another picture..

gambar ni yang paling cantik..semua ada..untuk ambik gambar ni, punya la lama photographer menstabilkan diri kat atas tu..hahaha...

abg aiman, kak wawa dan abang Is..perasan atau tidak abg is sorang je posing skema cam tu..yang lain semua sempoi dan seronok..hahaha...terseksa aku tengok abg Is posing cam tu..hahaha..sebab abg is ni gayat..
rasa nak gelak guling2 tengok reaksi abg Is bila Taha berlari-lari atas jambatan tu..hahaha..siap membebel-bebel lagi kat kitorang bila kitorng main2..takut sangat..jalan tak pernah lepas dari pegang kiri kanan jambatan tu..kitorng cuma mampu gelak je..hahaha...takkan nak pimpin pulak..

terima kasih abang Is tolong ambikkan gambar ni..hehehe..comel gambar ni..
selesai sudah sesi bergambar sebab lori dah sampai..

semua perempuan dah naik lori...
menunggu ahli2 lain..takut ada yang tercicir..
abang Arep ni memang dah penat sangat menunggu ni..hahaha...

berlaku kekonfiusan nak letak barang..hahaha...aku dah selamat kat atas lori tu..

sebelum lori bergerak..boleh la posing ambik gambar..hahaha..

lori dah bergerak..walaupun tak laju, tapi dahan2 pokok yang berjuntai tu, memang menampar-nampar la..hahaha..nasib la sape2 yang tinggi terlebih tu..aku yang tak cukup inci ni jugak tak payah susah2 tunduk..hahaha...

Abg Arep tu dah kenapa...hahaha..semua orang excited terlebih naik lori..dah macam budak2..lawak betul tengok diorang ni..hahaha...

 kami hanya dihantar sampai simpang masuk ke lorong teratak riverview je..lepas tu jalan kaki ke kampus lama..tak de la jauh sangat nak jalan..sampai kat depan gimnasium, operasi membersih segala barang2 iaitu khemah, muskin or pa pe je la nama bekas memasak tu..hahaha...lepas tu baru la kami balik kolej..lepas maghrib jugak la kitorang balik..sangat memenatkan tapi seronok..sekian saja story aku mengenai CB camp ni..hehehe...

Malam Simfoni Kasih

Assalamualaikum..

                    dah terlalu lama tak update blog..dan dah terlalu lama jugak tak update blog yang bergambar..hahaha...entry kali ni berkaitan dengan event yang boleh dikatakan besar jugak la dalam hidup aku..KHaT'8 di mana aku merupakan AJK ataupun pengurus slot bagi slot Malam Simfoni Kasih..

my tag.. :)
slot ni merupakan slot bersama artis jemputan iaitu kumpulan Devotees..just imagine,benda besar ni aku kena handle sorang2..tak ke giler..nak putus nafas aku berurusan dengan pelbagai pihak..pasal kena marah, tak payah cakap la..memang akan kena in every meeting..bila handle slot ni, aku kena practice my soft skill..tapi, bukan niat nak merungut, just nak share rasa bila event ni dah berlangsung dan tamat dengan jayanya..penat lelah mula hilang bila tengok orang bertepuk tangan dengan persembahan dari Devo dan jugak sukarelawan flsahmob..first time sambut artis bila diorang sampai untuk event ni dan berurusan dengan artis..just proud that I manage to do this coolly..hehehehe...
persembahan daripada Devo..hanya 3 ahli..sorang lagi tengah sambung belajar kat UK...
another picture.. :)
sesi fotografi...
persembahan flashmob daripada sukarelawan2...terima kasih adik2 diploma yang sudi membantu bila aku mula nak give up...
pemuda palestin mula diserang oleh tentera israel..cuak aku tengok situasi ni..dan cuak jugak tgk cra tentera israel berpakaian..look real..
kaum wanita turut menjadi mangsa.. nampak real..

semuanya syahid..


narrator mula bercerita tentang situasi yang berlaku..part ni menyentuh banyak hati..

penyajak memainkan peranan penting jugak..tersentuh... :)

tamat sudaa....
ucapan terima kasih daripada sukarelawan2 flashmob..

ramai yang menonton persembahan ni..bangga seketika..hehehe..terima kasih kepada yang sudi membantu di saat aku dah mula putus asa...sudi meghulurkan tangan dan menceriakan suasana di saat aku mula stress..terima kasih adik2 dan kawan2 yang membantu..terima kasih naim, syidan, auni, istiqamah, adib dan ramai lgi yg aku kenal muka,tpi x tahu nama..hehehe..thanks a lot..