Thursday, October 10, 2013

10 Oktober....

Assalamualaikum...
                    Ada apa dengan 10 oktober???hmmm....mungkin birthday ayah anda atau birthday boyfriend anda or maybe birthday awek anda..hahahaha....tarikh ni boleh jadi macam-macam..tapi bagi kami pelajar UPSI, tarikh ni adalah satu tarikh keramat..hehehehe..post kali ni agak horror sikit..so,get ready..ahakkksss..okey..10 oktober..ramai student UPSI tahu tentang kisah 10 oktober..cuma student tahu cerita tu dalam pelbagai versi..dan aku tau cerita tu dalam banyak sangat versi..perlu ke aku cerita semua ek?? hurmmm...10 oktober hari ni la kan??hehehe..budak-budak dah kecoh ngan peristiwa seram kat kampus lama tu..so,aku story sikit la apa peristiwa yang seram tu..pernah diceritakn bahawa pada 10 oktober,kampus lama akan ditutup awal sebab ada 'benda' yang mengganggu pelajar-pelajar dan juga lecturer-lecturer..apa 'benda' tu??hahaha..'benda' tu adalah 'benda' tu la..takkan tak faham kot..entiti yang tak dapat dilihat oleh mata kasar la..
                    versi pertama...ada org cakap la yg dulu ada student perempuan yang comel sangat and diminati ramai..tapi dia pilih sorang je lelaki utk jadi pakwe dia..lepas tu terlanjur and mengandung..malu sgt..lps je bersalin, dia meninggal..aku lupa sebab dia meninggal..anak dia tu,pakwe dia yg ambik and lelaki tu keluar dari upsi.setiap 10 oktober dia akan keluar nak cari anak dia..
                    versi kedua...ada seorang pelajar perempuan yang terlanjur dengan lecturer and mengandung..lepas tu lecturer tu tak nak bertanggungjawab..lepas bersalin,dia bunuh diri rasanya..anak tu pun dia bunuh jugak or mati sndri..tak sure la pulak..then,setiap 10 oktober dia akan keluar nak cari lecturer yang dah buat dia macam tu..
                    dua je versi yang aku dengar..hahaha...tapi,tak tahu yang mana betul..bak kata kawan aku,apa kata kita pergi jumpa dia,tny hal yang sebenar..sengal betul kawan aku tu..ahaakkkss..bangunan yang dikatakan kerap orang ternampak benda tu adalah bangunan suluh budiman yang macam gereja lama tu and bangunan TS,TU..Canseleri pun sama..so,students and lecturers are not allowed to be there after 7 pm...Kalau ikutkan aku,fakulti muzik tu pun scary jugak..and in fact,kampus lama tu a little scary..bangunan lama la katakan..ada orang cakap,selagi tak ada orang yg nmpak 'benda' tu, selagi tu la 'benda' tu akan terus muncul sampai ada orang yang nampak 'dia'..hopefully,'dia' tak pilih aku..hahaha..and semua benda tu aku kurang percaya sebenarnya..sape-sape yang nak percaya,percaya je la..tapi,makin kita percaya benda tu,makin buat diri kita takut..Ustaz Azhar Idrus mengatakan,haram buat diri kita takut selain dari Allah..Takut hantu tu pun kira macam takut selain daripada Allah la..so,bawak la sedar sikit yang semua tu tak wujud..yang ada hanyalah jin dan syaitan..hantu mana ada..so,to all student UPSI or to be student UPSI,tak payah takut sangat dengan 10 oktober..itu hanya satu tarikh..
                     kisah aku di 10 oktober lagi seram..jumpa dengan orang yang memang aku nak elak sangat-sangat..kisah seram aku bermula pada jam 2 petang..aku nak naik bas ngan kwn2 aku..bas dah pun sampai..so,aku tunggu la budak-budak lam bas tu turun..penat perhatikan satu persatu student yang turun,aku pun tunduk tengok bawah..panas sebenarnya..hahaha...bila aku angkat kepala je,aku nampak dia iaitu manusia ye, tengah tengok aku sambil senyum2..ada pe bro senyum-senyum?? hahaha..sengal la dia tu..so,aku naik bas..bila dah tak ramai yang naik bas ke KHAR tu,kitorng pun mula la buat gila kuasa,duk sorang2..x duduk berdua macam biasa..so,tempat sebelah aku tu kosong la..tgh duduk-duduk tu,aku pun mesej kawan aku..tengah taip msj tu,ak tak sedar apa yang berlaku disekeliling..tapi aku nampak la jugak kelibat-kelibat manusia naik bas tu..and aku nampak kelibat seorang manusia nak duduk kat sebelah aku..aku buat tak layan je..sebab aku igt seat blkng dah penuh and aku ingat org tu perempuan..yela..tak pernah hayat aku naik bas kat sini,ada lelaki duk sebelah perempuan..
                       tiba-tiba aku dengar suara cakap "boleh duk sini??" and suara tu suara lelaki..bila aku angkat kepala, it's him..tak sempat cakap pa pe,dia dah duduk kat sebelah aku and bas dah gerak..aku dah buat muka..tapi boleh dia buat dekk je..kureng punya mamat..pastu boleh pulak dia borak-borak dengan aku..aku pun jawab je la bila dia tanya..layan je dia cakap..aku pun tanya dia, "seat belakang dah penuh ke??" dia cakap "banyak je kosong..saja nak duk sebelah kau..boleh borak-borak" ishh..menyirap pulak aku dengar..dah la lepas tu ada akak yang bagi kertas iklan persatuan silat kat semua penumpang bas tu..akak tu pulak bertudung labuh..kang tak pasal-pasal dia pk lain pulak tengok ada mamat kureng duk kat sebelah aku..ishh..memalukan betul..sengal betul la mamat tu..tak kan la aku nak halau dia pi duk belakang..karang mau kecoh satu bas bila aku marah..lagi malu..so,sabar je la..layan je dia cakap apa.. and itulah cerita aku yang paling seram...10 oktober pun bagi aku pengalaman seram..ishh...seram aku duk sebelah dia..
                      sampai sini je cerita seram yang aku boleh kongsikan..cerita seram universiti aku and cerita seram peribadi aku..dua-dua seram..seram yang amat..hahaha.. bye-bye.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment