Friday, October 4, 2013

Unsatisfied....

Assalamualaikum..
                   Post aku kali ni mungkin agak sensitif dan beremosi..Hari khamis ari tu aku ada kelas pengajian kenegaraan..After 3 minggu lecturer kitorang tak masuk,akhirnya hari khamis tu dia muncul jugak..Mula-mula muncul,agak sempoi..Ok lagi la..Aku pun boleh terima lagi la..Tapi bila dah lama dia duk lam kelas tu,makin menyampah pulak..Aku tak tau apa masalah dia dengan orang terengganu and kelantan..But,i really unsatisfied dengan apa yang dia cakap..Bangang..Itulah perkataan yang ditujukan kepada rakyat terengganu and kelantan..Aku tak nampak motif kenapa perlu dia cakap orang terengganu bangang..Seriously aku nak cakap,bukan kami orang terengganu sahaja yang menggunakan perkataan bangang tapi almost semua negeri kat malaysia ni pun pakai jugak perkataan tu dalam kehidupan harian..Tak kira la hang ni kedah ke,perak ke,selangor ke..semua sama..Pakai those words..iaitu words bangang,bodoh,jantan..Apa masalahnya??Betul aku tak faham kenapa perlu dia cakap macam tu..Tu pasal perkataan..Pasal assignment tak payah cakap la..Cerewet giler kot..Ingat kitorng ni belajar menyanyi ke nak sibuk-sibuk suruh kitorng jga vokal bila buat presentation nanti..Apa daa..And sorry to say la,tak semua orang yang ada suara perfect..Kasar and dalam..Boleh pulak suruh kitorng present guna suara dari perut..Sesetengah orang memang dah suara dia naturally kecik,halus..macam kawan aku..Perlu ke kami menyeksa diri selama satu jam buat suara plastik??tak ke kejam namanya tu??
                       Tu pasal suara..Lepas tu nak kami buat intonasi suara yang berbeza-beza..yang tu aku tak kisah sangat..Sebab memang perlu pun dalam presentation..Tapi tak payah la sampai mengejek-ejek pulak..Tak semua orang perfect..Lagi satu pasal tanya soaln..Adakah orang yang tak tanya soaln tu seorang yang bodoh??Perlu ke nak menegaskan orang yang bijak adalah orang yang banyak bertanyakan soalan..Kalau setakat tanya soalan yang ntahpape tu,baik tak payah..Lepas tu bila ada orang tanya soalan,boleh pulak dia kategorikan soaln tu aras rendah ke,tinggi ke..Tak boleh ke jawab je..Kalau aras rendah,boleh pulak dia gelakkan soalan budak tu..Tadi suruh tanya..Bila orang dah tanya,tak nak jawab..Dah la tak nak jawab,gelakkan pulak...Hisshhh..Sakit betul hati ni..
                        Lepas tu sibuk pulak cerita pasal Dr.mahathir...Bukannya aku tak suka sangat dengar,tapi perlu ke semua tu..Walaupun ni subjek kenegaraan,it doesn't mean that you have to story all about him..Sikit-sikit Mahathir..Semua kata-kata dipetik dari Mahathir..Boring giler kot dengar..Aku bukanlah anti kerajaan sangat,but could you please stop telling us about the same thing..don't repeat the same story to us..Sebab aku boring dengar..Lepas tu, yang buat aku hampir tergelak ialah bila dia cakap negara malaysia adalah antara negara yang paling maju ni Asia..Ok..fine..aku terima..but,enough with the statement..tak payah nak meng'hiperbola'kan statement tu..Aku tak boleh terima bila dia cakap,apa yang ada kat korea tu semua ada kat malaysia..Kalau betul,malaysia ni ada ke wireless??tak ada kan..Kalau ada pun baru je buat kat selangor..baru selangor..negeri lain??tak ada kan..So,sama ke dengan korea??lagi satu korea dah banyak kereta api bawah tanah..Malaysia??bukan nak kutuk negara sendiri,tapi relevan ke nak samakan negara ni dengan korea..bru je dalam proses kereta api bwh tanah tu or ntah jadi atau tidak..
                        Apa yang ada di jepun ada di malaysia..Apa yang sama??aku tak nampak kemajuan yang sama yang ada di jepun..lepas tu bandingkan malaysia lebih maju dari indonesia..memang la..kalau bandingkan negara malaysia ni dengan negara yang belum maju lagi,kita akan nampak kita lebih maju..cuba bandingkan negara ni dengan negara yang memang lebih lebih maju macam negara eropah,amerika tu..mana yang lebih maju??mesti kita yang akan ambik alih tempat indonesia..then??cakap biar logik..aku tak nampak semua yang dia cakapkan..Kalau malaysia ni penuh dengan rasuah,negara ni tak kan boleh maju melangkah ke depan..duit rakyat pun main nak masuk poket sendiri,apa kes??boleh maju ke macam tu??Lagi satu nak cakap,ciptaan yg mengagumkan macam telefon,kapal terbang tu bukan asalnya datang dari ciptaan orang putih..tapi dari tokoh-tokoh islam..mereka iaitu orang barat yang ciplak semua tu dari tokoh islam..dan hapuskan kesan yang boleh kaitkan nama-nama tokoh islam dalam penciptaan barang-barang yang mengagumkan semua orang tu..nampak tak permainan orang bukan islam..
                        makin banyak aku cakap pasal subjek ni,makin sakit hati pulak dengan lecturer..huh!! memang menyampah betul bila dia dah mula nak bercerita..sorry to say bgi siapa yang tak setuju dengan apa yang aku cakap..all this are my opinions..semua orang berhak mengeluarkan pendapat masing-masing..hak bersuara..itu hak yang aku boleh tuntut..ok??mohon permisi.. 

2 comments:

  1. wah!!bkn main mrh lg org tu..hahaha. anyway, sabor je lah..(same situation goes here)

    ReplyDelete
  2. keje dia membebel je..cerewet giler..nanti time presentation confirm kena kaw-kaw ngan dia..

    ReplyDelete